YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Friday, July 1, 2011

Tuntutan BERSIH 2.0...

Salam dan hi...

Beberapa ari minggu kebelakangan ni... negara telah dikejutkan oleh pihak pembangkang kerana pihak ini cuba untuk membuat satu perhimpunan aman beramai-ramai pada 9 Julai ini...


Perkara ini telah dihalangi kerajaan kerana pada pendapat mereka ini adalah satu rancangan pihak pembangkang agar dapat menjatuhkan pihak kerajaan dalam PRU-13... Pihak kerajaan pada saat ini telah melakukan beberapa strategi... untuk menghalangi perhimpunan aman yang dikira 'HARAM' (tak tau ulama' mana yang cakap... so call 'ulama' UMNO pun tak keluar kenyataan...) agar ke'AMAN'an negara terus tejamin...

Dari pihak pembangkang dan penganjur BERSIH 2.0... mereka merasakan wajar perhimpunan ini diadakan agar rakyat Malaysia tahu dan cakna keadaan politik semasa Malaysia... malah terdapat tuntutan yang ingin diutarakan oleh pihak penganjur agar PRU-13 akan lebih berkualiti dan seterusnya menjamin masa depan negara...

Walaupun... terdapat beberapa 'promosi percuma' cuba dilakukan oleh kerajaan melalui media utama di Malaysia seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3... untuk menunjukkan bahaya BERSIH 2.0 seperti anasir komunis, pembiayaan dari persatuan Kristian dari negara lain (mana tah diorang tau ni??) dan agenda kejatuhan kerajaan dalam PRU-13... namun dari pihak pembangkang dan penganjur.... mereka telah mengunakan media internet (sebab payah nak wat statement kat media utma... maklum la sape pegang...) seperti HarakahDaily dan The Malaysia Insider... untuk menyangkal perkara tersebut... ini kerana, dalam perhimpunan BERSIH 2.0, objektif utama mereka hanya ingin menuntut 8 perkara dalam PRU akan datang...

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

*penerangan di sini.
Perkara yang dituntut dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat dan menyokong perhimpunan bersih ini...

Ku sangka cerah hingga ke petang, hujan pula di tengah ari...

Itu la peribahasa yang sesuai di sini... hal ini kerana pihak yang penganjur dan menyokong perhimpunan ini telah diberi layanan double standard... oleh pelbagai pihak seperti polis dan PSSLM... sehinggakan ada yang meng'istihar' perang terhadap gerakan himpunan ini... seperti PSSLM dan ahli berbaju merah, Patriot...

Tadi tengok TV3... ada tajuk yang ahli PKR buat kecoh di balai polis... kalau ikutkan tajuk sebenar patut letak... Patriot cuba buat provokasi, membuat laporan di balai polis bersebelahan Pejabat PKR di Tropicana (kat Petaling Jaya kalu tak silap)... Sapa tak marah... korang kepung pejabat orang pastu nak buat laporan fitnah kat balai polis BERSEBELAHAN Pejabat PKR... banyak lagi balai polis len... so sapa yang salah??

Antara perkara yang boleh di'highlight' oleh YB adalah ke'HARAM'an baju kuning BERSIH 2.0 dan peng'HALAL'an baju merah Patriot... ke'HARAM'an perhimpunan BERSIH 2.0, dan peng'HALAL'an perhimpunan Patriot... ke'HARAM'an hadir secara sukarela ke BERSIH 2.0 dan peng'HALAL'an hadir secara paksa di majlis anjuran kerajaan...

Antara artikel dari sumber yang boleh dipercayai (Insyaallah) sebagai rujukan...

* * * * * * * * * *

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Kawasan Pasir Puteh, Kelantan telah mendapat aduan dan rungutan daripada kakitangan awam berkenaan jemputan pada majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di kawasan itu pada 2 Julai nanti.

Perkara yang membebankan mereka ialah setiap kakitangan awam termasuk guru mesti melaporkan diri mereka pada meja pendaftaran bagi memastikan kehadiran mereka.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Pasir Puteh, Abdul Halim Mohamad menjelaskan, lebih membimbangkan mereka, jika mereka tidak hadir, tindakan akan dikenakan.

Menurut beliau, begitulah antara rungutan awam terhadap majlis yang bakal berlangsung pada Sabtu nanti yang turut melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, PAS Kawasan Pasir Puteh cukup kesal dengan cara perangkap yang digunakan oleh Umno untuk memastikan kehadiran yang ramai pada majlis berkenaan.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * * 

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Sikap double standard pihak polis dalam menangani perarakan dengan jelas memberikan kerjasama yang baik kepada pihak Umno, tetapi bertindak sebaliknya pula ke atas Pakatan Rakyat, dikecam keras oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia.

Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon ketika membuat kecaman itu berkata, pihak polis tidak seharusnya bersikap sedemikian kerana ia jelas bertentangan dengan undang-undang.

Menurutnya, namun ketika Umno dan pihak polis sendiri telah melakukan pelbagai provokasi untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 yang dirancang pada 9 Julai ini, pihak polis juga turut bersikap sebaliknya pula terhadap perarakan yang diadakan oleh Umno.

Katanya, sikap double standard pihak polis itu boleh dilihat dengan jelas oleh orang ramai hari ini apabila mereka telah memberikan kerjasama yang baik kepada Pemuda Umno Malaysia yang mengadakan perarakan ke Balai Polis Tropicana untuk membuat laporan polis. 

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * *

Entri terdahulu YB yang membincangkan isu ni...



* * * * * * * * * * 

Antara opinion yang boleh dibaca... sebagai penambah rempah...





P/S: YB letih cari bahan... lepas ni nak wat pasal Lynas dan Rare Earrth di Pahang la plak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi