YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Wednesday, July 6, 2011

Apa Ada Di Sebalik 'Sembah Derhaka'...

Salam dan hai...

Beberapa ketika dulu kecoh dengan penderhakaan oleh Dato Seri Nizar ketika menghadap Sultan...

* * * * * * * * * *

Istilah 'sembah derhaka' yang dilafazkan Dato' Seri Nizar ketika menghadap Sultan telah menimbulkan tanggapan negatif, terutama oleh pihak media, walaupun sudah dijelaskan oleh pakar perundangan juga pakar bahasa. Malah Dato' sendiri turut mengulasnya, tetapi Menteri Besar Perak itu tetap dilabel penderhaka hanya kerana istilah istana itu.

'Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat, sama ada kecil atau yang besar. Justeru, seseorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Ia bukan bermaksud perbuatan menderhaka, melawan atau menyakiti raja. 

* * * * * * * * * * 

Atau dengan erti kata len... 'sembah derhaka' bermaksud apabila kita mempunyai satu pandangan yang berbeza dengan Sultan... contoh ayat...

"Sembah derhaka Tuanku... bukan maksud patik untuk berkasar... tetapi patik mempunyai pandangan yang berbeza..."


Jadi lepas ni.. kalu ada pihak yang mengunakan istilah istana ni... maka paham-paham la ye...



P/S: Berminat belajar bahasa istana... mane tau tak lama lagi ada pekerjaan translator untuk bahasa Istana Melayu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi