YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Monday, May 19, 2014

Kenapa Susah Nak Tinggal Perjuangan...

Salam kepada semua pembaca blog ni...

Hahaha...

Dah nak dekat 2 tahun YB tak menulis blog ni... rasa malas nak mula balik... 

Dah tu kalau malas kenapa tulis blog gak?

Sebab ada benda nak cerita... cerita yang agak membuka minda YB pada hari ini... menjawap persoalan YB yang selama ini YB selalu menanya kenapa...

Kenapa ramai para ulama' yang bergerak secara total mahupun secara tidak langsung susah nak meninggalkan perjuangan Islam... 

Apa yang YB maksudkan bukan futur kepada perjuangan... tetapi lebih kepada 'bersara'... Iya la... Ada para ulama' Malaysia yang berjuangan hebat pada zaman 80-an dan 90-an sudah pun berumur hampir seabad pada tahun ini tetapi masih lagi giat lagi memunculkan diri dalam pentas perjuangan yang penuh dugaan dan fitnah dunia...  

Bukankah sudah sampai masa untuk mereka perlahankan langkah dan menjadi mentor kepada para ulama' muda yang kian bangkit mengantikan mereka di pentas yang sama... tetapi mereka masih bergerak seiring sama langkah dengan para ulama' muda... malah kadang-kadang kelihatan seolah mereka lebih hebat dari orang muda...

Persoalan ini sudah lama bermain di minda YB sejak di bangku sekolah... kadang-kadang mendengar berita sseorang ulama' yang jatuh sakit kerana terlalu sibuk memikirkan cara membawa Islam yang sebenar dan syumul ke tanah air ini membuatkan hati YB terbisik...

Sudah la... tubuh mu sudah tua... umur mu sudah lanjut... kaki mu sudah lemah... tangan mu sudah goyah... sudah tiba masa untuk me berundur dan menjadi orang belakang kepada pemuda yang lebih gagah...

Hari ini... YB mengambil keputusan untuk berhenti main game online yang YB sentiasa main kat smartphone YB... bukan kerana bosan atau tidak menarik... tetapi sudah tiba masa untuk YB memberikan sepenuh perhatian kepada perkara yang lebih besar...

Tetapi... berat hati nak meninggalkan game online ni... setelah banyak masa invest (YB permain fremium je) dalam terlalu sayang untuk meninggalkan game online ni... sampai otak YB ligat nak memberi seribu satu alasan... pros and cons... dalam tidak meninggalkan game online ni... sudah terlalu jauh dan high level untuk dibiarkan begitu sahaja

Ya Allah... kau tolong la permudahkan aq membuat keputusan...

Tetiba terbenak dihati YB berkenaan para ulama' yang sudah tua tetapi masih berjuang dalam perjuangan Islam yang berliku-liku...

Bukan mereka tidak faham erti letih... bukan kerana mereka tidak faham erti putus asa... tetapi mereka terlalu sayang untuk meninggalkan perjuangan kerana mereka sudah invest masa, tenaga dan harta dalam perjuangan... walaupun mereka tak pernah dapat balik 'modal' yang mereka keluar kan atas nama Isla mdan perjuangan... (sama la macam men game... tak tdapat apa pun melainkan keseronokan dan kepuaasan peribadi)

Rupanya YB salah faham... mereka yang ikhlas berjuangan akan merasa kenikmatan, keseronokan  dan kepuasan yang tersendiri yang tak dapat diukur dengan ukuran manusia... mereka yang ikhlas berjuang akan invest masa, tenaga dan harta mereka sampai mereka rasa terlalu sayang untuk meninggalkan perjuangan sebab mereka merasa sudah terlalu jauh perjalanan yang mereka lalui... sudah terlalu banyak masa dihabiskan... sudah terlalu banyak harta dihabiskan... untuk meninggalkan begitu sahaja adalah terlalu susah... 

Sayang nya perjuang ikhlas dalam menginfaqkan diri mereka samapai mereka merasakan bahawa ini la hidup mereka... kalu ditinggalkan... kalu dijauhkan diri... kalu diperlahankan langkah... terasa amat merugikan sehingga akan merasakan bahawa diri ni tiada nilai kalu tidak berjuang dengan Islam... tidak kira la apa masalah dan bala bencana yang menimpa... yakin dan tetap Islam itu adalah kehidupan nya...

Seperti perniagaan yang sudah biak kembang... sudah banyak masa, tenaga dan harta dicurahkan... tak akan seorang usahawan akan meninggalkan perniagaan nya begitu sahaja dan beri kepada orang lain ...

Sudah tentu tidak...

Teringat kembali ayat petikan As-Saff:10-11

“Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui."

Maka barang siapa yang boleh meninggalkan perjuangan ini dengan terlalu mudah... dengan erti kata lain tidak pernah sebenar-benar invest dalam perjuangan ini... 

Iya tidak sebenar-benar invest... invest tu ada tapi sama ada terlalu sedikit atau hanya sekadar 'hobi'... akan menarik diri bila merasa kan akan ada kerugian yang menimpa atau kesusahan yang perlu menanggung... hanya ingin merasakan buah-buahan yang sedap dari invest tetapi tidak mahu bersama merasa penat dan perit menanam dan menjaga pokoknya...

Bila terpikir... termenung YB memikirkan perkara ini...

Adakah satu hari nanti YB mampu menjadi seorang invester sebenar dalam perjuangan ini... merasa kan sukar duga dalam perjuanga... mencurahkan segala demi redha-Nya sehingga merasakan bahawa kalu tidak bergerak dalam perjuangan terasa tidak lengkap hidup... menjadi terlalu sayang kepada perjuangan hingga mampu bertahan atas pentas perjuangan walaupu sudah sampai tahap 'rumah kata pergi kubur kata mari'...



P/S: Mana boleh jadi investor kalu tak mula keluar 'modal'... keluar 'modal' dulu... untung rugi belakang cerita

Monday, August 13, 2012

Wordless... Right Or Wrong?




P/S: Something that experienced by everybody... and we keep on repeat it on another person even we know how hurtful this situation is...

Impian Ramadhan...


Sedar tak sedar kita sudah dalam minggu terakhir Ramadan yang hanya datang setahun sekali.

Umat Islam seluruh dunia majoritinya menghabiskan masa untuk beribadat dengan harapan untuk memperolehi “ganjaran pahala besar” dari pencipta.

Akan tetapi, tidak ramai umat Islam yang mengambil iktibar daripada falsafah Ramadan bagi meneruskan kehidupan sepanjang tahun.

Di bulan Ramadan, pada waktu siang, katakanlah teman kita yang bukan Islam menawarkan makanan, kita akan menolak dan berkata, “maaf saya berpuasa hari ini.”

Teman yang menawarkan makanan tadi pasti memohon maaf kerana beliau lalai atau terlupa bahawa kita sedang berpuasa.

Situasi kedua, seorang pegawai kerajaan yang menguruskan bahagian tender pembersihan bagi sesuatu jabatan ditawarkan “wang sagu hati” kerana membantu sebuah syarikat mendapatkan perkerjaan tersebut.

Tidak pula pegawai kerajaan itu menolak atau berkata, “maaf saya tidak ambil rasuah kerana saya orang Islam.”

Kebanyakkan daripada mereka akan ambil wang tersebut kerana rasuah dalam masyarakat Islam pada hari ini tidak dianggap sebagai dosa bagi kebanyakkan orang.

*selanjutnya di sini.



P/S: Azam Ramadhan YB tahun ni untuk hafal balik Juzuk ke-30 dalam Al-Quran...

Friday, July 20, 2012

Ramadhan: Bagi Mereka, Bagiku

Bagi mereka,
Ramadahan itu biasa,
Bagiku,
Ramadhan itu tetamu istimewa.

Bagi mereka,
Ramadhan itu duka,
Bagiku,
Ramadhan itu duga.

Bagi mereka,
Ramadhan sekadar lapar dahaga,
Bagiku,
Ramadhan penuh pahala.

Bagi mereka,
Nikmat Ramadhan itu berbuka,
Bagiku,
Nikmat Ramadhan itu berpuasa.

Bagi mereka,
Ramadhan diakhiri riang Raya,
Bagiku,
Ramadhan diakhiri dengan taqwa.



P/S: Pantun original setelah dah 5 tahun setengah tak buat pantun... dulu rajin buat pantun cinta...

Seloka Ramadhan

2, 3 kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang,
2, 3 bulan boleh ku lalui,
manakan sama si Ramadhan sayang.

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang puasa bila lagi?

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh puasa dia kelaparan,
Suruh terawih dia tak mahu.

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah menumpang mandi,
Kalau ada umur panjang,
Tahun depan bertemu Ramadhan lagi



P/S: Pantun yang disunting dari pantun lama masa sekolah rendah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi