YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Monday, March 28, 2011

Women Is The Queen...

Salam dan hi kepada pembaca blog ni...

Baru-baru ni tetiba j rase nak layan Google Buzz... so tengah dok layan best... jumpe la artikel pendek ni..

Jom layan...

*disunting dari Unknown...

* * * * * * * * * * 


A British man came to Sheikh and asked, 

"Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?"

The Sheikh said, 

"Can you shake hands with Queen Elizabeth?"

British man replied, 

"Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth".

Sheikh replied with a smile on his face, 

"Our Women are Queens and Queens do not shake hands with strange men..."



P/S: Jadi kepada muslimat kat luar sana... andai dirimu menjaga pergaulan... maka dirimu adalah ratu...

Tuesday, March 22, 2011

Siapakah Mahkluk Yang Bergelar Wanita...

Salam dan hi...

Baru jap tadi YB berchatting ngan kenalan YB kat Maldives... kenalan YB ni memang penduduk kat situ... so it is mean that he is from Maldives (kawan foreigner)... 

So dy ni kire nye tengah study on Human Psychology... tak silap YB la... dalam area2 tu gak la... so tengah-tengah chatting ni.. dye bagi picture ni... hohoho...


Camne?? Best tak...



P/S: Para wanita diminta untuk tidak marah... kerana hanya gurauan/jenaka semata...

Sunday, March 20, 2011

Quote For Today... 20 March 2011...

Salam dan hi...

Dah lame tak update blog ni... baru jap tadi YB update jap Facebook yang tak terbuka selama 2 bulan lebih...

Kenapa lama tak update??

Sebab nye YB bukan Facebooker... YB tak minat sangat social network as it is SO SIAL...

Well... sometimes thing have its own bad and good side... Facebook?? more towards bad than good...

Tapi tu bukan yang YB nak share kat sini... yang YB nak share adalah satu quote dari seorang usahawan Amerika yang telah menulis 3 buku yang agak terkenal (kat Malaysia tak kot... pasal remaja Malaysia suke bace novel cintan...) iaitu, Going for It!: How To Succeed As An Entrepreneur, Keep Going For It!: Living The Life Of An Entrepreneur dan Live To Win: Achieving Success In Life And Business...

"Even if you fall on your face, you're still moving forward..."
~ Victor Kiam, American Entrepreneur ~


Maksud dye... sekali pun kita jatuh ke atas muke kita@gagal... kite still ke depan sebab kita jatuh ke depan... bukan ke belakang...

Hohoho... itu la pemikiran orang yang sentiasa optimis...



P/S: Jatuh ke depan atau jatuh ke belakang... sakit tetap terasa...

Friday, March 18, 2011

Cikgu Maryam Dan Permainan 'Benci'...

Salam dan hi...

Kali ni YB nak share satu artikel ngan pembaca...


*disunting dari Unknown

* * * * * * * * * *

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.


Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. 

Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. 

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah.Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.

Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan. Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa. 

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci..!!.



P/S: Membenci adalah amalan Iblis... seperti mana Iblis membenci Adam...

Rosmah Mansur Dan Komen Terhadap Tsunami...

Salam dan hi...

Seperti yang pembaca tau... baru-baru ni Jepun telah dilanda satu bencana yang ditimpakan oleh Maha Besar.... iaitu dilanda tsunami setelah berlakunya gempa bumi berskala 8.9...

Kalu sape ada buka main page Google 2-3 jam sebelum kejadian... kat page tu Mr Google memberi peringatan kepada penduduk Jepun yang berada ditepi pantai supaya evacuate tempat tinggal masing-masing kerana tsunami akan melanda setelah para geologist dan scientist mengesan gempa bumi berskala 8.9 kat berhampiran Jepun...

Tapi nak wat camne... En. Tsunami yang datang tu lebih hebat dari yang biasa... Sampai kawasan bandar yang agak jauh dari pantai pun abis diranap...

Takziah kepada penduduk Jepun... dan bersabar la kerana dalam setiap kejadian ada hikmah nye...

Apa pun... YB agak bersedih di atas kejadian ini... kerana anime kegemaran YB yang patut di air terpaksa dipinda ke tarikh yang tak diberitahu...

Bencana alam yang jarang terjadi ini telah mendapat banyak reaksi dari pelbagai pihak... seperti mana Berita Harian memberi 'respon yang terbaik' kepada isu ini...


Malapetaka ini pun mendapat perhatian dari Jurucakap Tidak Rasmi PM Malaysia yang tak rasmi... di mana juru cakap ini boleh menjadi apa-apa.... dari Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan sehingga menjadi Duta Malaysia lalu boleh pergi ke sana ke mari tanpa menguna duit di poket sendiri...

Ini adalah video komen Jurucakap Tidak Rasmi PM Malaysia ini...


What in the world!!??

Apa plak kaitan Green Technology@Teknologi Mesra Alam ngan tsunami plak ni???

Adakah Jurucakap Tidak Rasmi PM Malaysia@Menteri Pendidikan tak belajar bahawa yang menyebabkan tsunami itu adalah kerana pergerakan platonik lapisan batuan bumi yang abnormal@gempa bumi... rase nye ramai j tau hakikat ini...

Ni mesti kes tak buka Twitter PM lalu tak baca Twitter dari Jepun... hmmmm... kemungkinan...

Tapi tak boleh salah kan dia gak... sebab mungkin tengah nervous lalu panik... dan tercakap yang tsunami dan gempa bumi berasal dari teknologi yang tak mesra alam...

Let me get this straight... sebelum YB pun pening cam Jurucakap Tidak Rasmi PM Malaysia ni... err... teknologi yang tak mesra alam hanya pollute bumi j kan... tak la sampai boleh mengerakkan lapisan batuan bumi yang bertan-tan berat nye...

Ni yang wat YB konfius ni... hmmm.... Oooo I see... Ni mesti kes tak de kertas ucapan yang disediakan oleh pembantu si Jurucakap Tidak Rasmi PM Malaysia ni... ceh... patut la panik semacam j... kene soalan on the spot rupe nye...

Tu la... dah elok-elok bini PM tak de kerja... sibuk cari nahas cam takde orang len boleh wat kerja tu... kan dah kene bagi komen pasal isu semasa...



P/S: Cari la kerja bersesuaian ngan level diri sendiri... tak payah jadi Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan atau Duta Malaysia kalu tak reti nak wat...

Thursday, March 17, 2011

Manusia VS Haiwan...

Salam dan hi...

Baru-baru ni... semasa bosan tak tau nak wat pe... malas nak belajar... tengah cbe mengelak sekejap dari kerja MPP... tetiba j terasa nak surf Youtube... 

Tengah-tengah bosan tahap tertinggi ni... tertekan satu keyword 'animal save'... so terjumpa la dua video yang agak menarik ni... so jom tengok...

Yang kat bawah ni mengenai satu ekor anjing yang telah menyelamatkan seorang bayi dari menjadi mangsa pembuangan anak...


Yang ni pulak pasal seekor anjing yang cuba menyelamatkan seekor anjing len yang cedera dilanggar oleh kenderaan kat highway...




Kalu kita la dalam keadaan di atas... agak-agak wat pe??

Dengar bunyi bayi menangis?? Terus pikir hantu pontianak... pasal takut...

Orang tengah terbaring kesakitan?? Kita yang cabut lari dulu... pasal tak nak jadi pihak yang bertanggungjawab...

Jadi sedarla... antara manusia dan haiwan... manusia ni adala mahkluk yang lagi atas sebab nye mempunyai akal dan nafsu... sedang kan haiwan hanya ada nafsu... 

Jadi kenapa haiwan boleh bertindak macam manusia yang berakal.... dan manusia plak boleh jadi sebijik cam haiwan yang tak belajar baik dan buruk??

Tepuk dada tanya la iman...



P/S: YB tunjuk video anjing bukan bermaksud YB ske anjing... tapi bak kata omputih... Dog Is Man Best Friend...

Wednesday, March 16, 2011

Quote For Today... 16 March 2011...

Salam dan hi...

Selalu nye dalam Quote For Today... YB selalu ambik kata-kata dari golongan leader dan motivator...

Kali ni YB nak share kata-kata seorang ahli sukan yang terkenal iaitu Muhammad Ali, juara tinju heavyweight... Ni adalah kata-kata dye kepada anak perempuan nya... selepas dye tekad untuk berubah dan mengikuti jejak ahli sufi...

Ni adalah kisah benar yang source nye ambik dari buku yang ditulis dan diolah oleh anak perempuan nye... More Than A Hero: Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.

"Hana, everything that God made valuable in the world is covered and hard to get too. Where do you find diamonds? Deep down in the ground, covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock.
You've got to work har d to get to them... Your body is sacred. You're far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too."
~ Muhammad Ali, heavyweight boxer ~




P/S: Pernah teringin nak jadi boxer masa kecik dulu...

Hari Ini Dalam Sejarah UTP...

Salam dan hi...

Baru petang tadi kat U YB ni hujan... tapi tak berasid cam dalam chain mail yang YB dapat...

Akibat dari hujan yang agak lebat tu... adala beberapa pokok yang berjaya menumbangkan diri mereka... sujud rebah di atas kereta-kereta yang tidak bersalah...

Kesian... ada dalam 2 kereta remuk dek dibuat spot landing oleh pokok ni... pape pun bersabar la tuan punyer kereta... 

Basikal pun kene gak... tapi ok lagi sebab tak la sampai remuk...




Kereta aku!! Mungkin itu la jeritan batin tuan kereta... sian...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." 
~ Al-Baqarah: 286 ~

Tu je la apa yang YB dapat katakan kat tuan kereta...



P/S: YB just ada moto j... brand Modenas...

Sunday, March 13, 2011

Quote For Today... 13 March 2011...

Salam dan hi...

Lama dah tak update blog ni... so ari ni YB nak bagi quote dari Saidina Ali plak...

“Sifat pemarah adalah musuh utama akal”
~ Saidina Ali Abi Talib ~




P/S: So kepada yang panas baran... banyak la bersabar...

Pergi Dirinya Tak Kembali...

Salam...

Lama dah YB tak update blog ni... sibuk sikit... n YB rase tak de bende nak update kat blog ni...

Pada 9 Mac... Rabu... YB ada kat Chancellor Hall (CH) tuk Program Ramah MARA kul 2.30ptg...

Sebelim kul 3ptg... pihak majlis wat pengumuman yang ada pelajar U YB kemalangan kat Gua Musang ketika perjalanan pulang k Terengganu...

Pada petang kul 4.30 baru YB tau yang meninggal tu adalah salah seorang pelajar tahun akhir yang YB kenal... walaupun YB  tak kenal sangat ngan pelajar ni... tapi YB amat kenal ngan sikap nye yang agak peramah dan baik...

Tak sangka.... Allah memanggil dirinya pada ketika umurnya masih muda... 

Berita selanjut nya boleh tengok kat sini.... 

Walau apapun... Al-Fatihah...

Inilah doa Baginda Nabi Muhammad saw ketika meninggalnya sahabat Abu Salamah r.a:

"Wahai Allah, ampunilah Abu Salamah, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya"




P/S: Sesunguhnya mati itu pasti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi