YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Monday, November 21, 2011

Quote For Today... 21 November 2011

"I believe in the forgiveness of sin and the redemption of ignorance."
~ Adlai Stevenson II/Adlai E. Stevenson Jr., U.S. presidential candidate (1952 and 1956) ~



P/S: People always confused patient and forgive... Patient is a part of Iman/faith while forgive is part of love...

Wordless... Truth About Internet




P/S: If you understand basic sarcasms... you will understand this...

News: Apa Nak Jadi Dengan Utusan Malaysia???

Salam dan hai kepada pembaca blog ni...

Rasanye lama dah YB tak update blog ni... dekat 3 bulan lebih gak la...
Penyakit malas datang menyerang tatkala menempuhi exam week... tapi dah habis pun still malas gak...

Baru ni YB membaca berita online... selalu nye sama ada The Malaysia Insider, Berita Harian dan Harakahdaily... tapi entah macam mana terasa nak baca Utusan Malaysia plek... tukar taste...

So tengah syok membaca ni tetiba terbaca isu air... mengenai paras pencemaran air di Malaysia...

* * * * * * * * * *


KUALA LUMPUR 19 Nov. — Uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja mendapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E.coli.

Lebih membimbangkan, E.coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Penemuan E.coli itu dalam sampel air dari Kelantan dikesan dalam uji kaji yang dijalankan kementerian itu dari 2008 hingga 2010.

Laporan Bilangan dan Peratusan E.coli dan Logam Berat Bagi Air Terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 yang dibekalkan kepada Mingguan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

Perlu ditegaskan bahawa kerajaan dan juga standard antarabangsa menetapkan bahawa bekalan air terawat mestilah bebas daripada bakteria E.coli.

Ini kerana, E.coli sangat berisiko kepada kesihatan manusia iaitu boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang membawa maut.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * *
KUALA LUMPUR 19 Nov. — Data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara mendapati Kelantan menduduki tempat paling bawah, sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko.

Fakta ini sudah pasti mengejutkan kira-kira 1.54 juta penduduk Kelantan. Selama ini sebahagiannya terpaksa bergantung kepada air perigi dan sungai disebabkan kegagalan pembekalan air terawat oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Kementerian Kesihatan menerusi uji kaji berasingan bagi tempoh 2008-2010, juga mendapati air di negeri itu mengandungi arsenik, merkuri, mangan dan plumbum, iaitu logam-logam yang kesemuanya boleh memudaratkan kesihatan termasuk mengakibatkan kanser.

Bertitik tolak daripada data saintifik itu, Mingguan Malaysia baru-baru ini menjalankan penyiasatan hampir dua bulan di negeri tersebut bagi mencari jawapan kepada persoalan yang tercetus daripada isu berkenaan.

Di samping menemu ramah penduduk, menyelami dan menyaksikan sendiri kesengsaraan mereka mendapatkan bekalan air bersih, wartawan akhbar ini turut memperoleh laporan penyelidikan saintifik Kementerian Kesihatan.

Tidak cukup dengan itu, Mingguan Malaysia mengambil masing-masing 10 sampel daripada punca air paip, air perigi dan air telaga tiub dari setiap jajahan di Kelantan. (Dude... bila plak Kelantan ari ni dijajah ni...)

Sampel air itu kemudian dihantar untuk diuji kaji di sebuah makmal bertauliah yang memiliki pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 di Selangor, bagi mengetahui sejauh mana kualiti air di negeri tersebut.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * *


JELI 20 Nov.Kerajaan Pas Kelantan digesa mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah kualiti air yang digunakan oleh rakyat di negeri ini kerana ia mengancam kesihatan dan nyawa pengguna. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kualiti air amat penting kerana ia boleh mencetuskan penyakit berjangkit yang membahayakan manusia.

Beliau berkata, Kerajaan Pas Kelantan juga perlu memastikan kualiti air yang dibekalkan kepada rakyat di negeri ini sama dengan negeri-negeri lain kerana bukti saintifik menunjukkan ia jauh ketinggalan.

"Di Kelantan ada dua isu air, pertama kualiti air, kedua bekalan air ada atau tidak. Kualiti air penting kerana ia memberi kesan kepada kesihatan dan mencetuskan pelbagai penyakit.

"Kalau kita lihat statistik Jabatan Kesihatan negeri, penyakit-penyakit berpunca daripada air di Kelantan cukup tinggi, sudah pasti ia menyebabkan penyakit tertentu akan merebak. Kita minta pihak berkenaan supaya mengambil tindakan segera, kalau nasi sudah jadi bubur tiada guna lagi," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan Sokongan Jabatan Pelajaran Negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan komputer kepada anggota tentera di Kem Rejimen Sempadan, Batu 11 di sini.
*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * *

OMG!! Biar betul... Apa sudah terjadi dengan sungai Kelantan... OMG... 

Tapi YB rileks dulu tengok dua tiga hari lagi... mesti ada orang akan keluar statement

Tapi itu cite semalam... ni yang ari ni plak...

* * * * * * * * * *


 1.     Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk “Air Kelantan Terkotor?”. Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (Keluaran hari Ahad: Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan. Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu “Kristian Agama Rasmi Negara” satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.

2.     Namun, dibimbangi isu yang dimainkan ini menimbulkan polemik yang berpanjangan, saya telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar ( B ) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar. Bagaimanapun, sebagai respon awal sebelum kenyataan lanjut dikeluarkan, saya ingin menarik perhatian terhadap beberapa fakta sebenar yang disorok dari pengetahuan umum oleh Utusan Malaysia.

3.     Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.

4.     Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis. Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan E-Coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%),  Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%). Saya sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E-Coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

5.     Saya juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011. Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?

6.     Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan. Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta.

7.     Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal olehNya di akhirat kelak. Janganlah sampai fitnah yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah. Ini kerana, doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih. 

Yang Amat Berhormat Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan. 

Bertarikh: 25 Zulhijjah 1432H bersamaan 21 November 2011

*disunting dari sini.

* * * * * * * * * *

Andaikata jika benar wartawan dari Utusan Malaysia ada bahan bukti dan ujikaji... maka... tunjukkan la official report dari mana-mana scientists atau jabatan kat Malaysia untuk memperkukuhkan dakwaan... 

Jangan hanya buat artikel kat surat khabar maka itu jadi satu bukti...

Adakah ini satu isu mainan politik yang cuba ditengahkan oleh pihak kerajaan sekarang... untuk menjatuhkan bakal kerajaan....

YB dah tak guna kerajaan VS pembangkang... mulai entry ni... kerajaan sekarang VS bakal kerajaan...

Tapi apa kaitan air kat negeri Kelantan dengan isu politik??

Kalu tengok dari surface memang tak nampak connection... tapi satu ketika YB pernah tanya soalan kat member YB yang kaki bola...

YB: Weh ada game bola antara PAS ngan UMNO sekarang??

Member: Mana ada... 

YB: Dah tu aq tengok dalam blog ni... semua pakai slogan PAS dan UMNO... Pe cer??

Member: Ooo... tu Kelantan lawan Terengganu ari tu... memang dah biasa macam tu... orang akan kait PAS ngan Kelatan dan UMNO ngan Terengganu... bile bertembung dalam game bola... orang tak sokong dah negeri... orang sokong parti plak...

Jadi kat sini kita boleh nampak apa pandang masyarakat kat Malaysia apabila terdengar perkataan KELANTAN... meraka pasti akan kaitkan dengan PAS...

Memburukkan imej Kelantan maka secara indirectly mencemar imej PAS...

Adakah ini menunjukkan bahawa PILIHAN RAYA UMUM SEMAKIN HAMPIR???

Persoalan yang ingin YB pertengahkan... 

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI???

THE FUTURE IS IN YOUR HAND!!!



P/S: Pelik gak kadang-kadang baca Utusan Malaysia... kes tangkap basah dan pelacur kat Kelantan banyak tersiar... tapi kat KL tak nak plak siar... lagi banyak... mungkin diorang ni nak buat kenyataan... kalu kat Kelantan ada... maka tempat lain lagi la banyak... tak gitu... hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi