YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Tuesday, December 28, 2010

Quote For Today... 28 December 2010...

Salam 

Quote untuk ari ni adalah...

"Love is like quicksilver in the hand. Leave the fingers open and it stays. Clutch it, and it darts away..."
~ Dorothy Parker ~

Petikan ni cam best j kalu tuk orang yang tengah bercinta... bagaimana plak untuk orang yang merasai hidup nye serba tak kne??

"Life is like quicksilver in the hand. The more you force and clutch it... the more it darts away... if you enjoy it and open your finger... it will stay..."
~ Ubah suai dari Dorothy Parker ~


Jadi... enjoy the life by doing good deeds... and pray to god that always give you hope and happiness... even in the time of despair...



P/S: Quicksilver tu apa yek?? Cam quicksilver dalam cite series The Invisibleman kat TV3 tu k??

Saturday, December 25, 2010

Quote For Today... 25 December 2010...

Seandainya rakyatku kelaparan, maka sayalah yang pertama kali merasakan lapar, dan Seandainya rakyatku merasakan kekenyangan, maka sayalah orang yang terakhir kali merasakan kenyang itu...
Umar bin Khattab ~


Ini adalah kata-kata dari salah seorang pemimpin Khulafa ar-Rasyidin dimana beliau juga adalah sahabat yang paling rapat ngan Nabi Muhammad

Jadi andailah kita ingin menjadi pemimpin... maka jadi la seperti Umar bin Khattab... yang meletakkan rakyat lebih dahulu dari diri nye sendiri walaupun beliau merupakan seorang ketua... 

Bagaimana plak pemimpin Malaysia??

Tepuk dada-dada, tanya la selera...



P/S: Kalu la pemimpin Malaysia gini kan bagus... pemimpin yang sentiasa hidup dalam keadaan sederhana... bukan wat rumah dua, tiga tingkat... pastu bile rakyat susah sikit j... cakap tak de duit...

Friday, December 24, 2010

Hidup Ini Bagai Secawan Kopi

Salam...

Hari ini YB nak share video ni... video yang mengisahkan bahawa cara untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan kehidupan yang sempurna bukan la ngan mendapatkan dan mengumpulkan kebendaan dan pangkat... tetapi dengan menghayati setiap detik hidup kita...

Ala taip banyak pun tak guna... apa lagi jom tengok... 





P/S 1: YB suka minum kopi... apatah lagi kalu kopi tu tak letak gula... pahit nye... membuatkan ku ketagih...

P/S 2: Cakap pasal kopi ni... Yb ingat satu alkisah YB dulu dimana YB bandingkan kopi ngan rokok... nanti insayaalah YB akan ceritakan alkisah tu kat pembaca sekalian... 

Thursday, December 23, 2010

Quote For Today... 23 December 2010...

Mula pada ari ni... YB nak mulakan satu benda baru kat blog ni... iaitu Quote For Today... dimana YB akan post mana quote atau petikan menarik... tak kire la dari sape pun... orang terkenal k... rakyat yang tak seberape k... tak kire dari mana pun... dari majalah k... dari internet k... selagi YB merasa nye amat menarik dan boleh memberi iktibar kepada kita... YB akan post...

YB tak kan post ari-ari... ikut kesesuaian YB la

Jadi for the first quote...

"Usaha itu tugas manusia dan hasil itu tugas Allah, betapa ramai orang dalam dunia ini yang merana kerana cuba melakukan tugas Allah sedangkan tugas manusia masih gagal dilaksanakan..."
~ Amir Fahmi bin Jalilluddin ~




P/S: Amir Fahmi bin Jalilluddin adalah insan yang tak terkenal di Malaysia ni... buat masa ini... tapi insyaallah akan menjadi insan Yang Best... dimasa hadapan...

Birthday Yang Biasa Sahaja...

Salam dan selamat pagi kepada para pembaca blog ni yang masih tak tido pada pukul 1 pagi ni...

Lama dah YB tak update blog YB ni... ada dekat 2 bulan lebih... bukan pe biasa la bile jadi orang yang perasan hebat ni (Yang Best..) jadi selalu la sibuk...

2 bulan yang lepas YB telah menghantar borang untuk dicalonkan menjadi salah sorang calon Exco Majlis Perwakilan Pelajar kat U YB ni... 

The happy part is... YB menang tanpa bertanding... the sad part is... orang akan memperlekehkan YB kerana menang tanpa bertanding...

Itu lah... masa pilihanraya tak nak lawan YB... bile YB menang orang kutuk plak... sabar jela

Bukan YB nak cite yang YB jadi MPP... just nak bagitau... yang...

YB TELAH BERUMUR 19 TAHUN NGAN JAYA NYE ARI INI... 


Nampak nye umur YB akan makin pendek la nampak nye... huhuhu

Jadi sebagai hadiah untuk diri sendiri... YB telah membuka akaun Facebook ngan Twitter...

Nape buka Facebook dan Twitter sempena birthday plak ni?? Orang len tak buat la bende gtu...

Facebook dan Twitter ni adalah medium yang insyaallah YB akan gne dalam mendapatkan feedback dari pelajar U YB ni... biasa la... budak-budak U YB ni ske kutuk orang... apatah lagi MPP... jadi kalu nak tegur k... wat report k... pastu malu nak jmpe YB sebab muka YB yang yang agak hensem ni... jadi boleh la salur kat dua medium ni...

Rasa nye takat ni j la dlu yek... YB kne tido awal... sok kne meeting dari kul 8.30 pagi hingga 5 petang... break hanya tuk makan tengah ari, qailulah dan sembahyang Zohor...



P/S: Sesungguh nye manusia itu dicipta sebaik-baik kejadian... so YB ni hensem orang nye... hehehe...

Friday, September 24, 2010

Does God Exist??

Salam dan hi...

Disebabkan kekangan masa yang agak melampau... dan banyak sangat kerja dan assignment yang tertangguh dari sebelum cuti raya ari tu (sape suruh tangguh kerja... huhuhu...) jadi tak boleh la YB nak luang masa yang banyak untuk update blog ni...

Just nak kongsi satu video yang cm best ni...


Huh... best tak??

Beberapa perkara yang menarik pasal video ni... ada pihak yang mengatakan bahawa dalam cite yang sebenar bukan Albert Einstein... nama beliau diletak untuk menguatkan kesahihan cite ni... tak silap YB... Einstein sendiri menyatakan yang beliau berhenti percaya pada 'personal god' ketika umur 12 tahun... betul ka salah... tu YB tak ambill peduli sangat... yang penting benda yang boleh kita belajar dalam cite tu sendiri... nak tau lebih lanjut mengenai berbalahan mengenai video ni boleh masuk link ni... 

Nak tau lebih lanjut pasal Einstein...



P/S 1: Tengah2 cari pasal Einstein ni kat internet... baru tau yang dia ni Jewish...

P/S 2: Malam tadi YB tengok satu movie yang sangat menarik... movie ni ada kat pawagam tahun 2007... nanti YB akan wat satu entri khas tuk cite kan apa yang YB dapat belajar dalam movie ni...

Thursday, September 23, 2010

Demonstrasi Anti-Yahudi Yang Nyata Sia-Sia

Salam kepada semua pembaca blog ni...

Lama sungguh YBtak update blog ni... maklum la sibuk memnajang 3 minggu kebelakangan ni... masa cuti raya tak terpikir plak nak update blog... hohoho...

Disebabkan YB oun sibuk sekarang... petang ni YB ada Test 2 Dynamics... jadi YB nak share sikit satu artikel best... artikel ni bags gak la... baru terbuka mata kita pasal masalah sebenar pasal isu Yahudi VS Islam sama2 la ambik ikhtibar...

*disunting dari Genta Rasa.

* * * * * * * * * *


Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel. Kami kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca Oh! Islam yang berminat (nyata tiada paksaan).

* * * * * * * * * *

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.  

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”

Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”  

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.  

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”  

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “Saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”  

“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”

“Kenapa Pak Cik?”

“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”

“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.

“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”

Winston from America? bisik saya perlahan.

Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.  

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.

“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.

“Apa dia?”

“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.

“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”

“Kita mesti sanggup memikul senjata.”

“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”

“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”

“Apa yang menyakitkan mereka?”

“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”

“Jadi?”

“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”  

Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman.  

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”

“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”

“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”

“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”  

Lagi-lagi ke situ fikirnya.
  
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.” 

“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”

“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”

“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”

“Contoh?”

“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”  

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “Mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”

“Ketiga-tiga isme itu sama.”

“Sama?”

“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… Zionis Yahudi!”

“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”  

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan. 

“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”

“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”

“Lagi?”

“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”

“Lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”

“Idola Amerika?”

“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.

Saya urut belakangnya.  

“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.

“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”

“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”

“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.” 

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”  

“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”  

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?  

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari! 

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi?  

Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?  



P/S: Patutla Yahudi selalu menang... Ish… ni la apa yang dikatakan ngan tarbiyyah subuh... kalu solat subuh kita awal  dan berjemaah lagi… confirm la terkencing Yahudi ni... tapi selimut masa subuh ni 'berat' sangat la... maka benar la "kekuataan sebenar manusia bukan terletak pada kekuatan fizikal tetapi kekuatan untuk melawan nafsu terutama pada waktu subuh"... 

Thursday, August 19, 2010

Diriku Boleh Untuk Mematikan Dan Menghidupkan...

Salam dan hi...

Ari ni YB nak share skit mengenai kelebihan atau power yang YB miliki... iaitu kuasa untuk mematikan dan menghidupkan...

HOI!! Cakap biar molek eh... mane ada manusia boleh hidupkan dan matikan something... syirik ni... syirik jali... terang lagi nyata...

Rileks dlu bro... biar YB hbis cakap dulu... YB ni ada kuasa untuk mematikan dan menghidupkan...

HAH!! Tengok tu... ngaku lagi... weh sudah la... kalu hang nak sesat kan orang tak yah la wat kat blog... kne tangkap JAKIM baru tau...

...mematikan dan menghidupkan enjin kereta dan moto... sekali lagi mematikan dan menghidupkan ENJIN KERETA DAN MOTO...


La... awat tak habag awal-awal... kan kene kutuk dan maki...

Yang hang ske ati potong line ble orang sape suruh... nak marah orang plak... 

Hahaha... saje j tadi tu nak tengok respond pembaca blog... ari ni YB nak share mengenai betapa penting nye kite men-judge sesuatu ni dengan teliti... mengambil kira setiap aspek... dari sudut 'kawan' mahupun 'lawan'...

Contoh cam tadi... kalu para pembaca blog hanya membaca, 'YB ni ada kuasa untuk mematikan dan menghidupkan...' tanpa mendengar ayat yang selebih nye... para pembaca pasti mengatakan YB ni sesat dan menyesatkan... tapi setelah membaca sambungan nye, '...mematikan dan menghidupkan enjin kereta dan moto' pasti para pembaca ngatakan perkara tu semua orang boleh wat...

Dalam mane mane aspek kehidupan pun... kita kne wat gitu... contoh nye apabila melibatkan isu-isu politik yang semakin lama semakin ganas dalam media masa (maklum la dah nak dekat PRU-13... tahun depan gamak nye)... kita tak boleh hanya tengok, mendengar dan 'mentelaah' dari satu pihak sahaja...

Contoh orang yang pro-kerajaan atau fanatik UMNO... tak boleh nak salahkan pembangkang kalu diorang ada kelemahan atau ada 'janji pilihan raya' yang masih tak tertunai lagi... kita kne paham yang pembangkang ni mengunakan sumber kewangan sendiri tanpa dibri bantuan kewangan dri pihak kerajaan... mana nak jana duit berjuta-juta untuk bina kemudahan awam  dalam masa setahun... lagipun dalam setiap projek yang mega level... pmbangkang kne gak minta kelulusan dari kerajaan (kalu bukan dalam negeri sendiri)... dan pihak kerajaan maybe tak nak memberi bantuan in order to weakened sokongan rakyat terhadap pihak pembangkang... MAYBE la...

Sme juga ngan pro-pembangkang... tak boleh nak kte kan yang semua ahli kerajaan itu corrupted... diorang ni payah nak di katekan corrupted selagi takde bukti yang sah... dan kerajaan juga perlu menjaga kebajikan rakyat negara ni yang berjumlah 23 juta orang dan semakin meningkat saban hari...mana nak cilok duit untuk jaga orang seramai ni??

(err... nape ayat tuk defend pembangkang lebih panjang dari ayat defend kerajaan.. AH!! lantak la... YB bukan pro-kerajaan sangat... atau yang kerajaan ni banyak sangat kelemahan sampai YB pun tak tau nak defend pakai ayat pe) 

AIK!! apasal masuk politik plak ni... dah lari tajuk ni...

Berbalik kepada tajuk asal... YB nak kongsi betapa penting untuk kita menilai something secara menyeluruh... dalam membincangkan hal-hal agama Islam pun bergitu...

Seperti yang semua muslim tau (k ada yang tak tau ni??) sistem perundangan Islam berpaksi pada 2 sumber... primary resource dan secondary resource...

Sumber pertama adalah al-Quran dan as-Sunnah manakala sumber kedua adalah ijtihad para ulama' iaitu Ijma' dan al-Qiyas... bukan ijtihad dari nabi palsu, rasul melayu, ustaz yang merogol anak nye sendiri dan orang len yang bukan ulama'... HANYA ulama'... noktah...

Ada 3 golongan atas muka bumi ni yang boleh dikaitkan ngan sumber pertama... pertama yang berpegang pada sumber pertama secara menyeluruh... dari A to Z...  kedua yang berpegang pada salah satu nye... sama ada hanya al-Quran atau hanya as-Sunnah.... dan ketiga yang tak berpegang pada sumber ni... samada berpegang pada kitab len atau diorang rse cam bagus sgt lalu berpegang hanya pada akal diorang yang tak brape nk btul...

Pasal golongan pertama dan ketiga semua dah tau jadi malas nak bincang dalam entri ni... yang YB nak kongsi pasal golongan kedua ni...

YB pelik sikit ngan golongan yang kedua ni... diorang ni sama ada memahami Islam separa sahaja... atau guru sekular mereka tak ajar golongan ni sampai habis (la... patut la... belajar ngan guru sekular rpenye)...

Adakah golongan yang berpegang kepada al-Quran sahaja ni tak baca al-Quran sepenuhnya... hanya separa... lalu tak pernah berjumpa dan membaca mana-mana ayat al-Quran yang menyatakan bahawa perlu nye kita taat dan ikut Rasulullah... bohong la kalu tak jumpa (kalu baca habis la)... Allah telah berfirman dalam al-Quran sebnyak 33 kali... seperti contoh...

An-Nissa':80 
"Barang siapa yang mentaati rasul (Muhammad), maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan barang sesiapa yang berpaling (dari ketaatan itu) maka (ketahuilah) Kami tidak mengutusmu (Muhammad) unutk menjadi pemelihara mereka"

Adakah golongan yang berpegang pada as-Sunnah sahaja ni terlalu sibuk menghafaz beribu-ribu Hadith sehingga mengabaikan khutbah terakhir Rasulullah dimana sebahagian daripada khutbah itu adalah...

"Sesungguhnya aku tinggalkan padamu 2 perkara yang sekiranya jika kamu berpegang teguh dan mengikuti keduanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku"

Dari dua contoh dalil kat atas (maaf YB bab dalil ni lemah sikit... kalu salah bagitau deh) kita boleh conclude yang penting nye berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah...

Ala pikir logik pun boleh... contoh macam kat atas tadi... kita label kan 'YB ni ada kuasa untuk mematikan dan menghidupkan...' sebagai A dan '...mematikan dan menghidupkan enjin kereta dan moto' sebagai B... kalu A tanpa B... kita maybe menafsirkan yang YB ni cbe menyesatkan orang len... kalu B tanpa A... kita tertanya plak apa yang boleh mematikan dan menghidupkan enjin kete dan moto ni... begitu juga dengan berkenaan al-Quran dan as-Sunnah... 

Dalam al-Quran ada menyatakan yang kita ni perlu sembah kepada Allah tapi bagaimana?? Adakah perlu kita membuat satu berhala lalu mengunakan berhala tersebut sebagai pengantaraan antara kita dan Allah (seperti Zaman Jahiliah... jangan sangka yang orang Jahiliah Arab ni tak tau perihal Allah... cuma diorang ni sekutukan Allah ngan tuhan reakaan yang len) lalu menyebabkan generasi akan datang terlalu taksub ngan berhala tersebut lalu mensyirikkan Allah seperti orang Arab Jahiliah pada zaman dahulu...

Dalam as-Sunnah ada menyatakan cara-cara kita untuk bersembahyang... tapi kepada apa?? Pada langit?? Pada matahari?? Pada air?? Lalu menyebabkan kita syirik pada Allah...

Tapi len plak cite kalu kita berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah seperti ahli Sunnah wal Jamaah... dari al-Quran kita tahu yang kita kene sembah Allah dan dari as-Sunnah kita boleh tahu cara-cara menyembah Allah yang paling tepat iaitu sembahyang lima waktu sehari semalam...

Kan indah Islam tu... dari al-Quran dan as-Sunnah j kita dah boleh belajar betapa penting nye kita untuk menganalisis semua aspek dalam menilai sesuatu bende... Masyallah...

Tidak la wujud nye al-Quran dan as-Sunnah atas muka bumi ni kalu bukan untuk pentunjuk kepada hamba-hamba Nya yang beriman...

Jadi... moral of the story... jangan jadi orang yang hanya melihat sesuatu pada satu belah sahaja... 

Huh panjang sungguh entri ni... padahal moral of the story nye pendek j...



P/S: Terima kasih pada sahabat ku Muhammad Zakirin bin Zaharuddin kerana tanpa beliau memberi tumpang kereta nye pada YB dari balik dari kelas IMSE lalu mati enjin dalam perjalanan di satu selekoh untuk masuk ke blok kediaman YB... tanpa kejadian ni tak mungkin YB boleh wat entri yang panjang ni...

Wednesday, August 18, 2010

Smart Group: Pengenalan

Salam dan hi...

Skarang dah pun pkul 2.00ptg... bru balik dari masjid sembahyang Zohor berjemaah... and pkul 3.00ptg nnti ada kelas Islamic Studies...

So nak ambik mase skit... dalam masa yang terluang ni... tuk wat entri baru...

Pada mulanya benda ni tak pernah ada perancangan hidup YB setakat ni....tapi...

"Assalamualaikum..." salam diberi oleh senior yang amat disegani oleh YB pada suatu petang selepas solat Asar berjemaah di masjid...

"Waalaikumsalam... aik?? Happy semacam j.. ada pape k??" balas YB...

"Takde gapo pun... saje senyum kat anta... tak boleh??" gurau senior YB tadi... YB pun pun tumpang bergurau senda seketika...

"Ana nak minta tolong boleh??" tanya senior YB tu...

"Tolong pe?? Kalu dalam bidang kuasa ana boleh la..." ringkas dan simple balas YB...

"Ni... anta jadi faci Smart Group tuk budak-budak batch Mei10... ok??" balas senior YB...

YB hanya boleh reponse dengan membuat muka terkejut dan mulut yang ternganga luas, "Haaah...??"...

Dipendekkan cerita... setelah beberapadialog tambahan antara YB dan senior YB tu... maka dapat la YB satu tanggungjawab baru atas muka bumi U YB ni... iaitu faci kepada Smart Group...


Pada 24 Jun 2010... setelah bersua kenal ngan ahli Smar Group YB yang len... maka YB secara langsung nye menjadi faci Smart Group ngan rasmi nye...

Huhuhu... YB tak nak jadi faci Smart Group...

Tapi takpe... berbekalkan pegangan YB amat jitu... dan sebuah quote yang YB ambik dalam buku pe ntah (buku moivasi diri yang dibaca semasa PMR)... "Sesungguhnya Allah lebih mengetahui perkara yang lebih baik untuk kita dan setiap itu ada hikmahnya"... lalu YB pun bertekad nak jadi faci Smart Group... insyallah... paling mantop gitu...

Nape plak tetiba cite pasal Smart Group plak ni??

La... kan dah kate yang YB akan berkongsi pengalaman YB kat dalam blog ni... ni kire pengalaman la ni... tak kan YB nak share pengalaman malam pertam YB plak... isyh... tu tak payah kongsi... simpan j dalam 'poket' sendiri...

Smart Group tu pe?? Kumpulan nasyid k??

Bukan wahai sahabat sekalian... Smart Group ni ada la satu program khas di mana program ini telah pun banyak diimplikasikan kat U yang len... program ni selalu nye under badan badar @ keagamaan kat U... mcm kalu kat U YB ni... nama badan tu Rakan Masjid @ RM.... Smart Group ni macam usrah la...

Usrah!!?? Pe tu?? Kumpulan militan k?? Kumpulan ektrimis Islam k??

Bukan... bukan... dan sekali lagi ditegaskan BUKAN... usrah tu bukan kumpulan militan, kumpulan ektrimis atau pun mana-mana kumpulan atau persatuan yang membawa maksud negatif... usrah dari segi bahasa bermaksud keluarga... di sini nak menunjukkan bahawa manusia ni pegi mana-mana pun... buat pape pun... hidup takat mana pun... mesti memerlukan teman... dan teman kita yang paling rapat sekali ada la... bukan kawan sejati... bukan kawan di alam maya (etc. facebook dan myspace)... bukan kekasih hati...  tapi ada la keluarga kita sendiri...

La... kate usrah tu keluarga... tapi tengok ahli Smart Group ni sebaya j... sama batch plak tu... mana unsur kekeluargaan tu??

Nape Smart Group ni adala sebuah usrah @ keluarga... sebab nye dalam Smart Group ni... selain dari ingin membimbing ahli Smart Group dalam menempuhi alam remaja dan kehidupan baru di U... Smart Group ni pun boleh jadi satu medium untuk merapatkan silaturrahim dan ukhuwah sesama ahli Smart Group mahupun ahli Smart Group yang len... bukan tu j... Smart Group juga adlah tempat setiap ahli nye untuk berkongsi...

Kongsi pe?? Kongsi harta karun k?? Tak nak join la... nanti hbis plak duit aq..

Ada sesuatu yang lebih berharga dari harta benda... iaitu ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup... like some of the English-man said, "If you give a fish to a hungry man,, you only feed him once... but if you teach him how to fish, you will feed him throughout his life"... jadi dari kita kongsi harta benda (fish) lebih bek kalu kita kongsi ilmu dan pengalaman (how to fish)...

Rase nye tu j la kot perkongsian pertama YB mengenai Smart Group YB... insyallah dalam entri yang datang YB akan berkongsi sedikit sebanyak apa yang ahli Smart Group YB ni bincangkan...



P/S: Nampak gye nye kne lari la ni... sekarang dah pukul 2.45ptg dah ni... kelas dah la jauh... gye cuaca nak hujan plak... camne ni?? PAYUNG!! PAYUNG!!

Monday, August 16, 2010

Pengenalan Blog

Salam dan hi...

Seperti yang telah YB kate kan dalam entri sulung YB, Pengenalan Diri, YB akan wat plak post 'Pengenalan Blog'...

 

Nape nak kne wat pengenalan blog plak ni?? Orang len tak pernah nak menyibukkan diri wat bende ni??

Mcm yang kita sering alami dari sehari ke hari... antara sedar atau tidak... setiap apa yang kita selalu wat mesti ada orang akan mempersoalkan... akan ada orang ingin mengetahui apa sebab kita melakukan hal tersebut...dan sikap ini dinamakan curiosity atau ingin tahu...

Dari sikap ingin tahu ini la kita akan dapat menerokai ilmu-ilmu yang baru... obtain maklumat-maklumat penting...

Jadi mesti ada yang di antara pembaca blog ini (maybe YB j yang perasan kot) yang ingin tahu nape YB memasang hajat tuk mewujudkan blog yang simple ni...

Antara sebab YB ada la... YB ni jenis suka bercerita... suka berkongsi pengalaman... suka meluahkan pendapat... dan paling penting suka bercakap (Yang Berkata-kata)... jadi blog ni akan menjadi salah satu (or maybe the only one) medium YB tuk berkongsi dan meluah kan apa yang ada dalam kepala otak YB yang cmbest ni... sharing idea ni bagus... kadang-kadang pendapat kita ni tak bape nak betul, fakta plak cam tak bape nak tepat dan hujah nye terlalu lemah... jadi kalu tak diluahkan nnti bernanah kat hati tu... kawan-kawan dan para pembaca boleh la betulkan balik kepala kita ni..

YB pun mmg ada satu habit yang sudah jadi kebiasaan dari kecil lagi... iaitu suka berdebat (Yang Berdebat)... bukan la nak kate YB ni seorang yang hebat berhujah... hebat berdebat... tak pernah wakil kelas pun... apatah lagi wakil sekolah... maybe habit ni lahir dari sikap YB sendiri yang agak pemberontak... sebab YB ni ada satu sikap ingin tahu yang amat tinggi dan berpikir kadang-kadang tu terlalu jauh...sampai satu ketika YB kecil dulu, YB pernah mempersoalkan nape tuhan ni kene wujud... padahal masa tu orang duk sibuk lagi pikir sama ada tuhan tu wujud atau tidak... nasib bek tak terpesong lalu sesat...

Bukan diminta jadi bergini... just YB ni jenis like to speak yout mind... sebab bagi YB personally... ngan cara ni bukan sahaj boleh sharing pendapat... malah boleh lebih mengenali hati budi sahabat kita ketika berdebat... selain dari dapat cilok point baru tuk berdebat...

Tapi YB nak tekankan.. YB tak sokong k freedom of speech...kritik dan debat YB sokong tapi bukan freedom of speech...

Apa beza nye??

Nnti YB akan bagitau dalam entri yang akan datang... ingat kan YB k... takut lpe deh...

Jadi insyallah... dengan ada nye blog ni boleh la YB meluahkan dan mencurahkan apa yang ada dalam kepala YB ni... jadi diminta pembaca blog ni agar sentiasa memaki YB jika ada coretan dan tulisan YB dalam blog ni yang mengusir hati pembaca... biasa la lidah ni tak bertulang, boleh lentur sesuka ati...

Lagi satu... kalu YB ni ada discuss pasal hal-hal agama  kat dalam blog ni... paham-paham la... YB ni beragama Islam... jadi bibir YB ni banyak gak menyentuh bab agama ni...

Rase nye tu j la kot pengenalan tuk blog YB ni... sekarang dah pukel 4.20 pagi... sok bagun krang ngantuk... tido dalam kelas...



P/S: Ngantuk nye wat entri awal pagi ni... cita-cita nak wat qiamullail sekejap... tapi ...ZZzz...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi