YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Thursday, August 19, 2010

Diriku Boleh Untuk Mematikan Dan Menghidupkan...

Salam dan hi...

Ari ni YB nak share skit mengenai kelebihan atau power yang YB miliki... iaitu kuasa untuk mematikan dan menghidupkan...

HOI!! Cakap biar molek eh... mane ada manusia boleh hidupkan dan matikan something... syirik ni... syirik jali... terang lagi nyata...

Rileks dlu bro... biar YB hbis cakap dulu... YB ni ada kuasa untuk mematikan dan menghidupkan...

HAH!! Tengok tu... ngaku lagi... weh sudah la... kalu hang nak sesat kan orang tak yah la wat kat blog... kne tangkap JAKIM baru tau...

...mematikan dan menghidupkan enjin kereta dan moto... sekali lagi mematikan dan menghidupkan ENJIN KERETA DAN MOTO...


La... awat tak habag awal-awal... kan kene kutuk dan maki...

Yang hang ske ati potong line ble orang sape suruh... nak marah orang plak... 

Hahaha... saje j tadi tu nak tengok respond pembaca blog... ari ni YB nak share mengenai betapa penting nye kite men-judge sesuatu ni dengan teliti... mengambil kira setiap aspek... dari sudut 'kawan' mahupun 'lawan'...

Contoh cam tadi... kalu para pembaca blog hanya membaca, 'YB ni ada kuasa untuk mematikan dan menghidupkan...' tanpa mendengar ayat yang selebih nye... para pembaca pasti mengatakan YB ni sesat dan menyesatkan... tapi setelah membaca sambungan nye, '...mematikan dan menghidupkan enjin kereta dan moto' pasti para pembaca ngatakan perkara tu semua orang boleh wat...

Dalam mane mane aspek kehidupan pun... kita kne wat gitu... contoh nye apabila melibatkan isu-isu politik yang semakin lama semakin ganas dalam media masa (maklum la dah nak dekat PRU-13... tahun depan gamak nye)... kita tak boleh hanya tengok, mendengar dan 'mentelaah' dari satu pihak sahaja...

Contoh orang yang pro-kerajaan atau fanatik UMNO... tak boleh nak salahkan pembangkang kalu diorang ada kelemahan atau ada 'janji pilihan raya' yang masih tak tertunai lagi... kita kne paham yang pembangkang ni mengunakan sumber kewangan sendiri tanpa dibri bantuan kewangan dri pihak kerajaan... mana nak jana duit berjuta-juta untuk bina kemudahan awam  dalam masa setahun... lagipun dalam setiap projek yang mega level... pmbangkang kne gak minta kelulusan dari kerajaan (kalu bukan dalam negeri sendiri)... dan pihak kerajaan maybe tak nak memberi bantuan in order to weakened sokongan rakyat terhadap pihak pembangkang... MAYBE la...

Sme juga ngan pro-pembangkang... tak boleh nak kte kan yang semua ahli kerajaan itu corrupted... diorang ni payah nak di katekan corrupted selagi takde bukti yang sah... dan kerajaan juga perlu menjaga kebajikan rakyat negara ni yang berjumlah 23 juta orang dan semakin meningkat saban hari...mana nak cilok duit untuk jaga orang seramai ni??

(err... nape ayat tuk defend pembangkang lebih panjang dari ayat defend kerajaan.. AH!! lantak la... YB bukan pro-kerajaan sangat... atau yang kerajaan ni banyak sangat kelemahan sampai YB pun tak tau nak defend pakai ayat pe) 

AIK!! apasal masuk politik plak ni... dah lari tajuk ni...

Berbalik kepada tajuk asal... YB nak kongsi betapa penting untuk kita menilai something secara menyeluruh... dalam membincangkan hal-hal agama Islam pun bergitu...

Seperti yang semua muslim tau (k ada yang tak tau ni??) sistem perundangan Islam berpaksi pada 2 sumber... primary resource dan secondary resource...

Sumber pertama adalah al-Quran dan as-Sunnah manakala sumber kedua adalah ijtihad para ulama' iaitu Ijma' dan al-Qiyas... bukan ijtihad dari nabi palsu, rasul melayu, ustaz yang merogol anak nye sendiri dan orang len yang bukan ulama'... HANYA ulama'... noktah...

Ada 3 golongan atas muka bumi ni yang boleh dikaitkan ngan sumber pertama... pertama yang berpegang pada sumber pertama secara menyeluruh... dari A to Z...  kedua yang berpegang pada salah satu nye... sama ada hanya al-Quran atau hanya as-Sunnah.... dan ketiga yang tak berpegang pada sumber ni... samada berpegang pada kitab len atau diorang rse cam bagus sgt lalu berpegang hanya pada akal diorang yang tak brape nk btul...

Pasal golongan pertama dan ketiga semua dah tau jadi malas nak bincang dalam entri ni... yang YB nak kongsi pasal golongan kedua ni...

YB pelik sikit ngan golongan yang kedua ni... diorang ni sama ada memahami Islam separa sahaja... atau guru sekular mereka tak ajar golongan ni sampai habis (la... patut la... belajar ngan guru sekular rpenye)...

Adakah golongan yang berpegang kepada al-Quran sahaja ni tak baca al-Quran sepenuhnya... hanya separa... lalu tak pernah berjumpa dan membaca mana-mana ayat al-Quran yang menyatakan bahawa perlu nye kita taat dan ikut Rasulullah... bohong la kalu tak jumpa (kalu baca habis la)... Allah telah berfirman dalam al-Quran sebnyak 33 kali... seperti contoh...

An-Nissa':80 
"Barang siapa yang mentaati rasul (Muhammad), maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan barang sesiapa yang berpaling (dari ketaatan itu) maka (ketahuilah) Kami tidak mengutusmu (Muhammad) unutk menjadi pemelihara mereka"

Adakah golongan yang berpegang pada as-Sunnah sahaja ni terlalu sibuk menghafaz beribu-ribu Hadith sehingga mengabaikan khutbah terakhir Rasulullah dimana sebahagian daripada khutbah itu adalah...

"Sesungguhnya aku tinggalkan padamu 2 perkara yang sekiranya jika kamu berpegang teguh dan mengikuti keduanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku"

Dari dua contoh dalil kat atas (maaf YB bab dalil ni lemah sikit... kalu salah bagitau deh) kita boleh conclude yang penting nye berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah...

Ala pikir logik pun boleh... contoh macam kat atas tadi... kita label kan 'YB ni ada kuasa untuk mematikan dan menghidupkan...' sebagai A dan '...mematikan dan menghidupkan enjin kereta dan moto' sebagai B... kalu A tanpa B... kita maybe menafsirkan yang YB ni cbe menyesatkan orang len... kalu B tanpa A... kita tertanya plak apa yang boleh mematikan dan menghidupkan enjin kete dan moto ni... begitu juga dengan berkenaan al-Quran dan as-Sunnah... 

Dalam al-Quran ada menyatakan yang kita ni perlu sembah kepada Allah tapi bagaimana?? Adakah perlu kita membuat satu berhala lalu mengunakan berhala tersebut sebagai pengantaraan antara kita dan Allah (seperti Zaman Jahiliah... jangan sangka yang orang Jahiliah Arab ni tak tau perihal Allah... cuma diorang ni sekutukan Allah ngan tuhan reakaan yang len) lalu menyebabkan generasi akan datang terlalu taksub ngan berhala tersebut lalu mensyirikkan Allah seperti orang Arab Jahiliah pada zaman dahulu...

Dalam as-Sunnah ada menyatakan cara-cara kita untuk bersembahyang... tapi kepada apa?? Pada langit?? Pada matahari?? Pada air?? Lalu menyebabkan kita syirik pada Allah...

Tapi len plak cite kalu kita berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah seperti ahli Sunnah wal Jamaah... dari al-Quran kita tahu yang kita kene sembah Allah dan dari as-Sunnah kita boleh tahu cara-cara menyembah Allah yang paling tepat iaitu sembahyang lima waktu sehari semalam...

Kan indah Islam tu... dari al-Quran dan as-Sunnah j kita dah boleh belajar betapa penting nye kita untuk menganalisis semua aspek dalam menilai sesuatu bende... Masyallah...

Tidak la wujud nye al-Quran dan as-Sunnah atas muka bumi ni kalu bukan untuk pentunjuk kepada hamba-hamba Nya yang beriman...

Jadi... moral of the story... jangan jadi orang yang hanya melihat sesuatu pada satu belah sahaja... 

Huh panjang sungguh entri ni... padahal moral of the story nye pendek j...



P/S: Terima kasih pada sahabat ku Muhammad Zakirin bin Zaharuddin kerana tanpa beliau memberi tumpang kereta nye pada YB dari balik dari kelas IMSE lalu mati enjin dalam perjalanan di satu selekoh untuk masuk ke blok kediaman YB... tanpa kejadian ni tak mungkin YB boleh wat entri yang panjang ni...

Wednesday, August 18, 2010

Smart Group: Pengenalan

Salam dan hi...

Skarang dah pun pkul 2.00ptg... bru balik dari masjid sembahyang Zohor berjemaah... and pkul 3.00ptg nnti ada kelas Islamic Studies...

So nak ambik mase skit... dalam masa yang terluang ni... tuk wat entri baru...

Pada mulanya benda ni tak pernah ada perancangan hidup YB setakat ni....tapi...

"Assalamualaikum..." salam diberi oleh senior yang amat disegani oleh YB pada suatu petang selepas solat Asar berjemaah di masjid...

"Waalaikumsalam... aik?? Happy semacam j.. ada pape k??" balas YB...

"Takde gapo pun... saje senyum kat anta... tak boleh??" gurau senior YB tadi... YB pun pun tumpang bergurau senda seketika...

"Ana nak minta tolong boleh??" tanya senior YB tu...

"Tolong pe?? Kalu dalam bidang kuasa ana boleh la..." ringkas dan simple balas YB...

"Ni... anta jadi faci Smart Group tuk budak-budak batch Mei10... ok??" balas senior YB...

YB hanya boleh reponse dengan membuat muka terkejut dan mulut yang ternganga luas, "Haaah...??"...

Dipendekkan cerita... setelah beberapadialog tambahan antara YB dan senior YB tu... maka dapat la YB satu tanggungjawab baru atas muka bumi U YB ni... iaitu faci kepada Smart Group...


Pada 24 Jun 2010... setelah bersua kenal ngan ahli Smar Group YB yang len... maka YB secara langsung nye menjadi faci Smart Group ngan rasmi nye...

Huhuhu... YB tak nak jadi faci Smart Group...

Tapi takpe... berbekalkan pegangan YB amat jitu... dan sebuah quote yang YB ambik dalam buku pe ntah (buku moivasi diri yang dibaca semasa PMR)... "Sesungguhnya Allah lebih mengetahui perkara yang lebih baik untuk kita dan setiap itu ada hikmahnya"... lalu YB pun bertekad nak jadi faci Smart Group... insyallah... paling mantop gitu...

Nape plak tetiba cite pasal Smart Group plak ni??

La... kan dah kate yang YB akan berkongsi pengalaman YB kat dalam blog ni... ni kire pengalaman la ni... tak kan YB nak share pengalaman malam pertam YB plak... isyh... tu tak payah kongsi... simpan j dalam 'poket' sendiri...

Smart Group tu pe?? Kumpulan nasyid k??

Bukan wahai sahabat sekalian... Smart Group ni ada la satu program khas di mana program ini telah pun banyak diimplikasikan kat U yang len... program ni selalu nye under badan badar @ keagamaan kat U... mcm kalu kat U YB ni... nama badan tu Rakan Masjid @ RM.... Smart Group ni macam usrah la...

Usrah!!?? Pe tu?? Kumpulan militan k?? Kumpulan ektrimis Islam k??

Bukan... bukan... dan sekali lagi ditegaskan BUKAN... usrah tu bukan kumpulan militan, kumpulan ektrimis atau pun mana-mana kumpulan atau persatuan yang membawa maksud negatif... usrah dari segi bahasa bermaksud keluarga... di sini nak menunjukkan bahawa manusia ni pegi mana-mana pun... buat pape pun... hidup takat mana pun... mesti memerlukan teman... dan teman kita yang paling rapat sekali ada la... bukan kawan sejati... bukan kawan di alam maya (etc. facebook dan myspace)... bukan kekasih hati...  tapi ada la keluarga kita sendiri...

La... kate usrah tu keluarga... tapi tengok ahli Smart Group ni sebaya j... sama batch plak tu... mana unsur kekeluargaan tu??

Nape Smart Group ni adala sebuah usrah @ keluarga... sebab nye dalam Smart Group ni... selain dari ingin membimbing ahli Smart Group dalam menempuhi alam remaja dan kehidupan baru di U... Smart Group ni pun boleh jadi satu medium untuk merapatkan silaturrahim dan ukhuwah sesama ahli Smart Group mahupun ahli Smart Group yang len... bukan tu j... Smart Group juga adlah tempat setiap ahli nye untuk berkongsi...

Kongsi pe?? Kongsi harta karun k?? Tak nak join la... nanti hbis plak duit aq..

Ada sesuatu yang lebih berharga dari harta benda... iaitu ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup... like some of the English-man said, "If you give a fish to a hungry man,, you only feed him once... but if you teach him how to fish, you will feed him throughout his life"... jadi dari kita kongsi harta benda (fish) lebih bek kalu kita kongsi ilmu dan pengalaman (how to fish)...

Rase nye tu j la kot perkongsian pertama YB mengenai Smart Group YB... insyallah dalam entri yang datang YB akan berkongsi sedikit sebanyak apa yang ahli Smart Group YB ni bincangkan...



P/S: Nampak gye nye kne lari la ni... sekarang dah pukul 2.45ptg dah ni... kelas dah la jauh... gye cuaca nak hujan plak... camne ni?? PAYUNG!! PAYUNG!!

Monday, August 16, 2010

Pengenalan Blog

Salam dan hi...

Seperti yang telah YB kate kan dalam entri sulung YB, Pengenalan Diri, YB akan wat plak post 'Pengenalan Blog'...

 

Nape nak kne wat pengenalan blog plak ni?? Orang len tak pernah nak menyibukkan diri wat bende ni??

Mcm yang kita sering alami dari sehari ke hari... antara sedar atau tidak... setiap apa yang kita selalu wat mesti ada orang akan mempersoalkan... akan ada orang ingin mengetahui apa sebab kita melakukan hal tersebut...dan sikap ini dinamakan curiosity atau ingin tahu...

Dari sikap ingin tahu ini la kita akan dapat menerokai ilmu-ilmu yang baru... obtain maklumat-maklumat penting...

Jadi mesti ada yang di antara pembaca blog ini (maybe YB j yang perasan kot) yang ingin tahu nape YB memasang hajat tuk mewujudkan blog yang simple ni...

Antara sebab YB ada la... YB ni jenis suka bercerita... suka berkongsi pengalaman... suka meluahkan pendapat... dan paling penting suka bercakap (Yang Berkata-kata)... jadi blog ni akan menjadi salah satu (or maybe the only one) medium YB tuk berkongsi dan meluah kan apa yang ada dalam kepala otak YB yang cmbest ni... sharing idea ni bagus... kadang-kadang pendapat kita ni tak bape nak betul, fakta plak cam tak bape nak tepat dan hujah nye terlalu lemah... jadi kalu tak diluahkan nnti bernanah kat hati tu... kawan-kawan dan para pembaca boleh la betulkan balik kepala kita ni..

YB pun mmg ada satu habit yang sudah jadi kebiasaan dari kecil lagi... iaitu suka berdebat (Yang Berdebat)... bukan la nak kate YB ni seorang yang hebat berhujah... hebat berdebat... tak pernah wakil kelas pun... apatah lagi wakil sekolah... maybe habit ni lahir dari sikap YB sendiri yang agak pemberontak... sebab YB ni ada satu sikap ingin tahu yang amat tinggi dan berpikir kadang-kadang tu terlalu jauh...sampai satu ketika YB kecil dulu, YB pernah mempersoalkan nape tuhan ni kene wujud... padahal masa tu orang duk sibuk lagi pikir sama ada tuhan tu wujud atau tidak... nasib bek tak terpesong lalu sesat...

Bukan diminta jadi bergini... just YB ni jenis like to speak yout mind... sebab bagi YB personally... ngan cara ni bukan sahaj boleh sharing pendapat... malah boleh lebih mengenali hati budi sahabat kita ketika berdebat... selain dari dapat cilok point baru tuk berdebat...

Tapi YB nak tekankan.. YB tak sokong k freedom of speech...kritik dan debat YB sokong tapi bukan freedom of speech...

Apa beza nye??

Nnti YB akan bagitau dalam entri yang akan datang... ingat kan YB k... takut lpe deh...

Jadi insyallah... dengan ada nye blog ni boleh la YB meluahkan dan mencurahkan apa yang ada dalam kepala YB ni... jadi diminta pembaca blog ni agar sentiasa memaki YB jika ada coretan dan tulisan YB dalam blog ni yang mengusir hati pembaca... biasa la lidah ni tak bertulang, boleh lentur sesuka ati...

Lagi satu... kalu YB ni ada discuss pasal hal-hal agama  kat dalam blog ni... paham-paham la... YB ni beragama Islam... jadi bibir YB ni banyak gak menyentuh bab agama ni...

Rase nye tu j la kot pengenalan tuk blog YB ni... sekarang dah pukel 4.20 pagi... sok bagun krang ngantuk... tido dalam kelas...



P/S: Ngantuk nye wat entri awal pagi ni... cita-cita nak wat qiamullail sekejap... tapi ...ZZzz...

Pengenalan Diri

Salam dan hi...

Sebagai orang baru dalam dunia bloggers ni rase ada elok nye kalu diri ni memperkenalkan diri dulu...

Nama sebenar tak nak bagitau... just panggil j YB... YB ni bukan YB tetapi YB...


Huh...!! Cam pelik j ayat tu... Contradict sungguh...

Kenapa YB plak?? Nape tak nama samaran len yang lebih menyerlah?? Teringin nak jadi wakil rakyat k??

Wakil kelas pun malas nak jadi... ni kan plak wakil rakyat... YB ni banyak maksud nye... contoh nye...

Yang Berbahagia
Yang Berusaha
Yang Berkata-kata
Yang Berucap
Yang Bersusah-payah
Yang Berdebat
Yang Benar
Yang Bersalah
Yang Bodoh
Yang Bebal
Yang Busuk Hati
Yang Perasan Baik
Yang Perasan Bagus
Yang Perasan Betul
Yang Bermalasan 
Yang Berbangga

dan banyak lagi... kalu nak tulis semua... kang panjang la plak entri ni... tapi YB yang dinaksudkan bukan la YB yang berada dalam list mahupun YB yang korang sering pikir kan... YB yang digunapakai dalam blog ini ada la...

Yang Bertuhankan Allah
Yang Berhambakan Nafsu
Yang Bermusuhkan Syaitan 
Yang Bersahabat Mukmin

Pendek kata...

Yang Beriman
dan
Yang Beramal

So seperti kata di awal entri ni... YB ni bukan YB tapi YB...

Sambung pengenalan diri... YB ni still lagi seorang student di U yang terkenal di Perak, Malaysia yang mane makin terkenal apabila ada isu hangat melibatkan scholarship para pelajar nye... nak tau U mana cari sendiri... kat internet banyak entri...

Skarang family YB menetap di Jengka, Pahang, Malaysia... ala yang felda tu... tapi baru duduk dlm 6 tahun j baru... sebelum ni menetap dan membesar di Kuching, Sarawak, Malaysia selama 7 tahun... so YB ni faham la Bahasa Sarawak ni... just paham j... nak cakap dah tak bleh dah...

Baru j masuk 18 tahun 23 Disember tahun lepas (2009 la)... Insyallah tahun ni panjang umur... kirenye dah 19 tahun dah hidup atas muke dunia yang sementara ni (19 tahun... tapi tak pernah meningkat ibadah nye)...

Hobi... dulu baca bahan bacaan ilmiah... tapi skarang dah mula kurang sikit... yang dah katam sepanjang 3 sem duk U ni hanya la buku teks yang setebal 600-800 m/s... ala buku teks kuliah kat U la... bile la YB ni nak buka balik buku agama dan ilmiah yang len kat atas rak... dah berhabuk da pun... hobi terbaru yang wujud sejak berjaya menduduki U ni... tengok anime Jepun... ngan men internet... biasa la U... ada internet free yang 24/7... hobi tambahan YB ketika bosan yang teramat sangat... YB akan men gem FPS (First Person Shooter)...

Rase nye takat sini dulu kot pengenalan diri YB yang tak seberapa ni... hanya la seorang insan yang teramat kerdil jika diteropong dari permukaan bulan...

I'm Nobody... Just Another Blogger...

Insyallah... lepas ni YB wat plak entri 'Pengenalan Blog'... bile tak tau lagi... tengok la kalu free...

Salam dan selamat berpose kepada yang muslim... kepada yang non-muslim...selamat tengok orang berpose... hehehe...



P/S: Entri ni buat ketika hari ke-5 pose tahun 2010...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi