Salam dan hi...
Lama dah tak update blog ni... penyakit malas datang lagi... ditambah dengan beberapa lab report, assignment, dan projek yang nak kene hantar... membuat kan YB lagi malas nak update...
Just nak share satu artikel hari ini (13/8/2011) dari Harakahdaily... yang menunjukkan berlakunya penipuan disebalik undi pos...
* * * * * * * * * *
BUTTERWORTH, 12 Ogos — "Saya berani tanggung risiko
kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan
penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak
sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi,"
ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel
Haji Omar (gambar) yang berpangkalan di Butterworth.
Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya
umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi
pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat
berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.
Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika
diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat
pengiraan.
Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari
pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi
ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari
pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.
"Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus
buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas
undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang
menunaikan amanah kepada negara," tambahnya.
Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos
tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan
500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.
Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari
tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera
laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM,
Butterworth.
* * * * * * * * * *
Kalu perkara ini benar maka itu satu penyalahan kuasa dari pihak yang berkuasa dalam sistem undian...
Jadi adakah salah 8 tuntutan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tempoh hari... sama-sama la kita renungkan...
P/S: To PM Malaysia dan your underlings... dah dah la tu kait kan rusuhan London dan perhimpunan 'Haram' BERSIH... semua orang tau dan setuju bende tu amat berlainan... BERSIH adalah demontrasi... yang kat London tu rusuhan... notice the differences ok???