YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Tuesday, May 1, 2012

Kontorversi Bersih 3.0...

"Abang, mee sizzling satu... ngan burger double daging satu"

"Makcik, teh o ais satu..."

Hari Sabtu, pukul 8.05 malam... maklum la dah lapar makan banyak sikit...

Sambil tunggu makan siap masak... sambil tengok TV... rancangan Buletin Utama TV3... "Ooo... Bersih 3.0 ari ni ye tak?"  benak di hati YB...

YB tak pergi Bersih 3.0... jadi YB hanya boleh membaca sahaja media Internet dan melihat TV...

* * * * * * * * * *



Walaupun dah 3 hari berlalu... tapi berita berkaitan Bersih 2.0 masih lagi hangat diperkatakan kat media massa dalam negara mahupun luar negara...

Kali ini... walaupun promosi Bersih 3.0 tidak la sehebat Berish 2.0 (pendapat YB la) tapi masih mampu mengerakkan lebih ramai orang untuk turut serta dalam himpunan kali ini...

Dengan tema 'Duduk dan Bantah'... anggaran 200,00 hingga 400, 00 orang telah berkumpul dalam misi ini... ada media yang melaporkan lebih kurang setengah juta orang!!!

Bagi pendapat YB... Bersih 3.0 telah mampu membuka minda masyarakat akan apa yang terjadi dalam Malaysia... terutama dari segi politik dan ekonomi...

Bersih 3.0 in ijauh lebih hebat dari Bersih 2.0... maka tidak hairan la kalu kontroversi yang berlaku dalam Bersih 3.0 lebih hebat dari Bersih 2.0...

Banyak kontroversi dan isu sekarang yang banyak bermain di media massa... dari cerita amukan polis membelasah peserta Bersih 3.0, kereta polis diterbalikkan oleh peserta Bersih 3.0 sehingga isyarat tangan misteri dari Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim yang mencetuskan 'rusuhan' ketika perhimpunan tempoh hari... 

* * * * * * * * * *

1. Kereta polis diterbalikkan oleh peserta Bersih 3.0 sebagai tanda tidak puas hati kepada polis 

YB yakin dan pastii para pembaca dah tengok satu video klip berkenaan kereta polis (Proton Waja kalu tak silap) telah diterbalikkan oleh peserta Bersih 3.0 di depan SOGO...

Banyak cerita dan teori yang YB telah kumpul berkenaan bagaimana kejadian terbabit boleh berlaku...

Antara sebabnya (diambil dari TV3)  peserta Bersih 3.0 melepaskan amarah kepada kereta polis  tersebut kerana polis telah melalui jalan tersebut dengan 'samseng'nya... 

Antara sebab lain (diambil dari media alternatif) ada peserta misteri yang telah membaling botol mineral kat kereta polis itu semasa kereta tersebut sedang melalui jalan tersebut dengan 'sopan'nya... peserta misteri tersebut adalam dari SB (Sahabat Bodoh... gelaran dari peserta yang disunting dari media alternatif) atau Special Branch, merupakan satu perisik Malaysia yang agak hebat...

Persoalan dalam kepala YB semasa tengok berita TV3 berkaitan dengan kejadian ini adalah... "Apa ke bodoh nye polis ni gi lalu jalan yang penuh dengan peserta Bersih 3.0 ni??"...

Persoalan lain yang timbul adalah berkenaan jumlah polis dalam kereta tersebut... kenapa sorang je polis dalam kereta tu?? Setahu YB dalam modus operasi polis... setiap kenderaan beroda empat kepunyaan polis harus dinaiki oleh 2 orang polis... 

Tengok je la kalu polis meronda kat atas jalan raya ... mesti a 2 orang punya... dalam cerita Gerak Khas pun gitu gak... 

Jadi kenapa sorang je yang dalam kereta tu... menyalahi modus operasi di boleh digantung kerja kerana tiada displin dalam berkerja...

Malah dalam video tersebut YB nampak baju polis tu macam takde nama mahupun nombor siri polis... setiap anggota polis harus sentiasa mempamerkan nama dan nombro siri polis setiap kali bertugas... 

Malah terdapat artikel dari media alternatif yang sebelum kereta Waja polis tu masuk ke jalan tu... terdapat SUV polis yang len masuk jalan tu secara laju dan merbahaya... boleh baca di sini...



Malah YB juga ada dengar dari sumber lain yang sebelum adegan merosakkan kereta polis ini berlaku... ada pihak dari P**M yang telah mengedarkan botol air mineral kepada peserta Bersih 3.0...

Apa kemena botol air mineral dengan kereta polis dihentam??

Klau pembaca tengok video klip tersebut... boleh tengok yang ramai dari peserta (tolak peserta yang melompat atas kereta polis macam monyet tu) semua baling botol kat kereta polis tu... 

Bijak tak?? 

2. Peserta Bersih 3.0 mencaci wartawan luar negara

Dalam satu video klip yang ditunjukkan oleh TV3... ada satu perempuan peserta Bersih 3.0 yang memperlekehkan dan mencaci wartawan luar negara...


Kalu tak sempat tengok semasa berita TV3... boleh tengok kat Youtube.com...

Memang best... terutama part wartwan tu balas balik hujah perempuan Cina tu... dalam Bahasa Melayu...

Ada sumber mengatakan perempuan tersebut adalah ahli MCA yang menyamar untuk menjatuhkan imej Bersih 3.0...

3. Peserta Bersih 3.0 naik minyak lalu tendang polis trafik

Dalam satu kejadian semasa perhimpuan... ada polis trafik yang dijadikan objek pukul oleh salah satu peserta Bersih 3.0...


Kalu tengok gambar yang YB pamerkan ni... kita boleh tengok yang macam orang yang serupa je... boleh baca di sini...

Mungkin kah ini adalah salah satu SB yang diperkatakan??

4. Polis menyamar jadi peserta Bersih 3.0

Dalam satu sumber FB... ada yang menatakan mereka terlihat kawan mereka yang berkerja sebagai polis menyamar sebagai peserta... yang mana nak cam mereka ni... mereka memakai gelang kuning kat tangan... sumber tu turut menyatakan anggaran polis menyamar sebanyak 2000 orang...

Betul atau tidak... YB tak boleh confrim kan sebagai sumber FB ni tak boleh sangat nak buat dalil berhujah...

Antara bukti yang dapat dilihat untuk meninggikan kesahihan berita ini...


Gambar di atas adalah gambar salah satu anggota polis yang pengsan kerana terhidu gas pemedih mata... boleh baca di sini...

5. Manipulasi berita oleh media massa

Dalam satu entri YB yang lepas... YB ada menulis berkenaan bagaimana media massa yang dikawal oleh kerajaan ini cenderung utnuk memanipulasikan berita dari Bersih 2.0...

Kali ini juga terdapat beberapa berita Bersih 3.0 yang telah di manipulasi oleh media massa ini yang boleh mengelirukan masyarakat...

Antaranya adalah kereta polis yang diterbalikkan...


Dari satu video yang YB tengok... ternyata salah faham berlaku di sini... 

Peserta yang berada di situ terlihat seolah-olah ada seorang peserta yang terperangkap di bawah kereta tersebut selepas kereta tersebut ber'jaya' melanggar 3 orang peserta sebelum terbabas depan SOGO... jadi dalam keadaan panik... mereka cuba terbalik kereta tersebut atas alasan menyelamat mangsa yang terperangkap bawah kereta...

Dari TV3... berita tersebut disampaikan seolah-olah peserta Bersih 3.0 ini bagai manusia yang panas baran sehingga sanggup terbalikkan kereta polis yang terbabas dan membelasah pemandu tersebut...

Dari satu media massa yang lein pula lain yang berlaku...



Ketika YB membaca Berita Harian dalam Internet juga menyatakan bahawa Radzi Razak diziarahi oleh Perdana Menteri Malaysia sebagai tanda maaf atas kekasaran 7 anggota polis yang membelasah beliau...

Adakah ini satu manipulasi berita atau satu kesalahan atau misunderstanding yang berlaku ketika menyampaikan berita??

6. Keganasan Bersih 3.0

Kegansan polis dalam Bersih 3.0 kalli ini amat hebat... YB membaca sedikit artikel dan berita dari media alternatif... kerana berita seperti ini tidak mungkin tersiar dalam media massa kawalan kerajaan... ternyata kegansan kali ni lebih hebat dari cerita KL Gangter...

Ada satu artikel yang melaporkan yang ada peserta Bersih 3.0 yang dibelasah lebih 20 anggota polis... malah siap kene flying kick kat dada lagi...

Ada juga peserta yang telah dibelasah sehingga lemah diseret oleh polis ke Dataran Merdeka untuk sesi pukulan yang seterusnya...

Ada juga berita yang mengatakan peserta Bersih 3.0 juga dengan hebat nya membelasah polis sehingga setengah mati...

Malah ada juga mengatakan polis memulakan amuk kerana ada khabar menyatakan ada anggota polis yang meninggal dunia setelah dibelasah oleh peserta Bersih 3.0...

Tapi bagi YB... setelah tengok beberapa video dalam Youtube.com... ternyata keganasan polis lebih banyak dirakam berbanding keganasan peserta... 

Walaubagaimanapun... bagi YB kejadian kegansan yang berlaku ini adalah kesalahan semua pihak yang terlibat dalam Bersih 3.0... polis, peserta mahupun penganjur...

Polis... kerana ramai polis dalam video yang YB lihat lebih menggunakan emosi dari akal fikiran ketika mengendali Bersih 3.0 ini...

Peserta... kerana ada peserta yang datang bukan kerana kefahaman tapi kerana semangat semata... maka apabila terdapat provokasi dari pihak ketiga yang misteri... mereka lebih ghairah untuk bertindak dengan pukulan dan tendangan dari berfikir dahulu...

Penganjur... kerana tidak menyediakan tenaga yang mencukupi dalam mengendali Bersih 3.0 ini... malah lebih dilihat membiarkan peserta yang sedang ghairah melakukan perkara yang menjatuhkan imej Bersih 3.0 itu sendiri...

* * * * * * * * * *

Entri ini ditaip oleh YB dengan pendapat YB sebagi seorang yang mebaca berita... bukan sebagai peserta... jadi kalu nak tahu perkara yang lebih terperinci... lebih baik tanya anggota polis yang terlibat... atau peserta Bersih 3.0 yang menyertai himpunan kali ini...



P/S: Namapak gayanya... PRU-13 ada chance nak tunda lagi ni... buat tahun depan la Abang Bijan oi... YB nak gak merasa jadi pengundi... umur baru 21 bulan 12 ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi