YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Friday, December 9, 2011

Monday, November 21, 2011

Quote For Today... 21 November 2011

"I believe in the forgiveness of sin and the redemption of ignorance."
~ Adlai Stevenson II/Adlai E. Stevenson Jr., U.S. presidential candidate (1952 and 1956) ~



P/S: People always confused patient and forgive... Patient is a part of Iman/faith while forgive is part of love...

Wordless... Truth About Internet




P/S: If you understand basic sarcasms... you will understand this...

News: Apa Nak Jadi Dengan Utusan Malaysia???

Salam dan hai kepada pembaca blog ni...

Rasanye lama dah YB tak update blog ni... dekat 3 bulan lebih gak la...
Penyakit malas datang menyerang tatkala menempuhi exam week... tapi dah habis pun still malas gak...

Baru ni YB membaca berita online... selalu nye sama ada The Malaysia Insider, Berita Harian dan Harakahdaily... tapi entah macam mana terasa nak baca Utusan Malaysia plek... tukar taste...

So tengah syok membaca ni tetiba terbaca isu air... mengenai paras pencemaran air di Malaysia...

* * * * * * * * * *


KUALA LUMPUR 19 Nov. — Uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja mendapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E.coli.

Lebih membimbangkan, E.coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Penemuan E.coli itu dalam sampel air dari Kelantan dikesan dalam uji kaji yang dijalankan kementerian itu dari 2008 hingga 2010.

Laporan Bilangan dan Peratusan E.coli dan Logam Berat Bagi Air Terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 yang dibekalkan kepada Mingguan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

Perlu ditegaskan bahawa kerajaan dan juga standard antarabangsa menetapkan bahawa bekalan air terawat mestilah bebas daripada bakteria E.coli.

Ini kerana, E.coli sangat berisiko kepada kesihatan manusia iaitu boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang membawa maut.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * *
KUALA LUMPUR 19 Nov. — Data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara mendapati Kelantan menduduki tempat paling bawah, sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko.

Fakta ini sudah pasti mengejutkan kira-kira 1.54 juta penduduk Kelantan. Selama ini sebahagiannya terpaksa bergantung kepada air perigi dan sungai disebabkan kegagalan pembekalan air terawat oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Kementerian Kesihatan menerusi uji kaji berasingan bagi tempoh 2008-2010, juga mendapati air di negeri itu mengandungi arsenik, merkuri, mangan dan plumbum, iaitu logam-logam yang kesemuanya boleh memudaratkan kesihatan termasuk mengakibatkan kanser.

Bertitik tolak daripada data saintifik itu, Mingguan Malaysia baru-baru ini menjalankan penyiasatan hampir dua bulan di negeri tersebut bagi mencari jawapan kepada persoalan yang tercetus daripada isu berkenaan.

Di samping menemu ramah penduduk, menyelami dan menyaksikan sendiri kesengsaraan mereka mendapatkan bekalan air bersih, wartawan akhbar ini turut memperoleh laporan penyelidikan saintifik Kementerian Kesihatan.

Tidak cukup dengan itu, Mingguan Malaysia mengambil masing-masing 10 sampel daripada punca air paip, air perigi dan air telaga tiub dari setiap jajahan di Kelantan. (Dude... bila plak Kelantan ari ni dijajah ni...)

Sampel air itu kemudian dihantar untuk diuji kaji di sebuah makmal bertauliah yang memiliki pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 di Selangor, bagi mengetahui sejauh mana kualiti air di negeri tersebut.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * *


JELI 20 Nov.Kerajaan Pas Kelantan digesa mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah kualiti air yang digunakan oleh rakyat di negeri ini kerana ia mengancam kesihatan dan nyawa pengguna. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kualiti air amat penting kerana ia boleh mencetuskan penyakit berjangkit yang membahayakan manusia.

Beliau berkata, Kerajaan Pas Kelantan juga perlu memastikan kualiti air yang dibekalkan kepada rakyat di negeri ini sama dengan negeri-negeri lain kerana bukti saintifik menunjukkan ia jauh ketinggalan.

"Di Kelantan ada dua isu air, pertama kualiti air, kedua bekalan air ada atau tidak. Kualiti air penting kerana ia memberi kesan kepada kesihatan dan mencetuskan pelbagai penyakit.

"Kalau kita lihat statistik Jabatan Kesihatan negeri, penyakit-penyakit berpunca daripada air di Kelantan cukup tinggi, sudah pasti ia menyebabkan penyakit tertentu akan merebak. Kita minta pihak berkenaan supaya mengambil tindakan segera, kalau nasi sudah jadi bubur tiada guna lagi," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan Sokongan Jabatan Pelajaran Negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan komputer kepada anggota tentera di Kem Rejimen Sempadan, Batu 11 di sini.
*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * *

OMG!! Biar betul... Apa sudah terjadi dengan sungai Kelantan... OMG... 

Tapi YB rileks dulu tengok dua tiga hari lagi... mesti ada orang akan keluar statement

Tapi itu cite semalam... ni yang ari ni plak...

* * * * * * * * * *


 1.     Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk “Air Kelantan Terkotor?”. Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (Keluaran hari Ahad: Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan. Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu “Kristian Agama Rasmi Negara” satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.

2.     Namun, dibimbangi isu yang dimainkan ini menimbulkan polemik yang berpanjangan, saya telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar ( B ) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar. Bagaimanapun, sebagai respon awal sebelum kenyataan lanjut dikeluarkan, saya ingin menarik perhatian terhadap beberapa fakta sebenar yang disorok dari pengetahuan umum oleh Utusan Malaysia.

3.     Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.

4.     Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis. Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan E-Coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%),  Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%). Saya sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E-Coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

5.     Saya juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011. Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?

6.     Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan. Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta.

7.     Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal olehNya di akhirat kelak. Janganlah sampai fitnah yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah. Ini kerana, doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih. 

Yang Amat Berhormat Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan. 

Bertarikh: 25 Zulhijjah 1432H bersamaan 21 November 2011

*disunting dari sini.

* * * * * * * * * *

Andaikata jika benar wartawan dari Utusan Malaysia ada bahan bukti dan ujikaji... maka... tunjukkan la official report dari mana-mana scientists atau jabatan kat Malaysia untuk memperkukuhkan dakwaan... 

Jangan hanya buat artikel kat surat khabar maka itu jadi satu bukti...

Adakah ini satu isu mainan politik yang cuba ditengahkan oleh pihak kerajaan sekarang... untuk menjatuhkan bakal kerajaan....

YB dah tak guna kerajaan VS pembangkang... mulai entry ni... kerajaan sekarang VS bakal kerajaan...

Tapi apa kaitan air kat negeri Kelantan dengan isu politik??

Kalu tengok dari surface memang tak nampak connection... tapi satu ketika YB pernah tanya soalan kat member YB yang kaki bola...

YB: Weh ada game bola antara PAS ngan UMNO sekarang??

Member: Mana ada... 

YB: Dah tu aq tengok dalam blog ni... semua pakai slogan PAS dan UMNO... Pe cer??

Member: Ooo... tu Kelantan lawan Terengganu ari tu... memang dah biasa macam tu... orang akan kait PAS ngan Kelatan dan UMNO ngan Terengganu... bile bertembung dalam game bola... orang tak sokong dah negeri... orang sokong parti plak...

Jadi kat sini kita boleh nampak apa pandang masyarakat kat Malaysia apabila terdengar perkataan KELANTAN... meraka pasti akan kaitkan dengan PAS...

Memburukkan imej Kelantan maka secara indirectly mencemar imej PAS...

Adakah ini menunjukkan bahawa PILIHAN RAYA UMUM SEMAKIN HAMPIR???

Persoalan yang ingin YB pertengahkan... 

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI???

THE FUTURE IS IN YOUR HAND!!!



P/S: Pelik gak kadang-kadang baca Utusan Malaysia... kes tangkap basah dan pelacur kat Kelantan banyak tersiar... tapi kat KL tak nak plak siar... lagi banyak... mungkin diorang ni nak buat kenyataan... kalu kat Kelantan ada... maka tempat lain lagi la banyak... tak gitu... hehehe...

Saturday, August 13, 2011

News: Pendedahan Penipuan Undian Pos...

Salam dan hi...

Lama dah tak update blog ni... penyakit malas datang lagi... ditambah dengan beberapa lab report, assignment, dan projek yang nak kene hantar... membuat kan YB lagi malas nak update...

Just nak share satu artikel hari ini (13/8/2011) dari Harakahdaily... yang menunjukkan berlakunya penipuan disebalik undi pos...

* * * * * * * * * * 

BUTTERWORTH, 12 Ogos — "Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi," ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar (gambar) yang berpangkalan di Butterworth.


Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.

Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.

Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.

"Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara," tambahnya.

Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain. 

Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth.

* * * * * * * * * * 

Kalu perkara ini benar maka itu satu penyalahan kuasa dari pihak yang berkuasa dalam sistem undian...

Jadi adakah salah 8 tuntutan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tempoh hari... sama-sama la kita renungkan...



P/S: To PM Malaysia dan your underlings... dah dah la tu kait kan rusuhan London dan perhimpunan 'Haram' BERSIH... semua orang tau dan setuju bende tu amat berlainan... BERSIH adalah demontrasi... yang kat London tu rusuhan... notice the differences ok???

Sunday, July 31, 2011

Dear PM Najib...


Dear PM Najib,

As a result of the developments on July 9, the world is now paying increased attention to Malaysia.

In particular, we now wonder how free and fair your nation's elections are. We have learned that some of your country's citizens believe that Malaysia needs electoral reform. On July 9, they marched with a coalition called Bersih 2.0, and they called for free and fair elections.

You responded by declaring Bersih illegal and suppressing the 'Walk for Democracy' with overwhelming police force. The world noticed your heavy-handed reaction, and it wondered why a peaceful demonstration calling for fair elections bothered you so much - so much so that you were willing to risk Malaysia's international reputation - and give your country and yourself a major black eye.

When you returned from your visit to Europe, you declared that Malaysia's elections truly are free and fair, and that Umno has never cheated in any election.

I am glad to hear that.

Because it means that in Malaysia's next general elections, you have nothing to hide.

Governments that manipulate elections have lots to cover up. But you say that your elections are free and fair, so that means you have nothing to be afraid of showing to all of us in the outside world, not to mention your own people.

Therefore, I am sure that you are willing to readily agree to the following proposals:

1) Allow international groups to observe your elections. Based on your assertions, they will find nothing amiss, and their reports will give credibility to Malaysia's election results.

2) Allow observers from all political parties to witness the postal balloting that takes place on military bases. For years, the opposition has said that something is amiss. But since you say that Umno never cheats, I am sure that they will find nothing wrong, and you will be vindicated.

3) Let's put an end to all the accusations about phantom voters by using a simple, effective and cheap solution - indelible ink. 

Your Elections Commission wants a super-sophisticated biometric system, but there is no way it can be in place by then - and many people worry that it can be manipulated. Indelible ink works - just ask the world's largest democracy, India. I don't think anyone has ever disputed the results of India's elections in over 60 years.

4) Finally, let RTM be truly independent, like the BBC and NHK and the public broadcasting systems in Australia, France, Germany, and elsewhere in the world. RTM does not belong to Umno. It belongs to the people.
As long as RTM - funded by all the people of Malaysia - acts as the propaganda arm of the 25 percent of Malaysians who voted for Umno, no one can believe that Malaysia's elections are fair and free.

So, my dear Prime Minister, it's all very simple. You say that Malaysia's elections are free and fair. Now you have a chance to prove it to the outside world and remove all doubts. And if your party wins, then the Malaysian people - and the world - might finally be convinced. 

If you refuse these suggestions, then the doubts will linger, and your assertions about the honesty of Malaysia's election will continue to be questioned. 

Sincerely,
John Malott



P/S: The writer is former US ambassador to Malaysia.



Monday, July 25, 2011

News: Serangan Norway Dan Sistem Biometrik Sebagai Alat Pengundian...

Salam dan hai... 

Lama tak update blog ni... bukan apa sebab tetiba j penyakit malas datang menyerang...

Banyak plak tu Berita Hangat yang best... contoh kes serangan yang berlaku kat Norway yang mana target serangan adalah MUSLIM... dan cerita ini tak mendapat cover berita yang hangat kat Malaysia... dan pasal pengunaan biometrik dalam sistem pengundian akan datang...

So YB agak malas la nak komen pape... so baca j cite yang YB bagi link kat bawah ni...

Apa korang tau pasal isu ni?? Baca surat khabar tak?? Jangan asyik baca pasal sukan dan nombor ramalan j...

Serangan di Norway...

* * * * * * * * * * 

Serangan di Norway yang telah mengorbankan lebih 90 nyawa terus mencetuskan debat panjang berhubung Islam dan terorisme, walaupun serangan itu tidak melibatkan Muslim.

Di sejumlah media Barat, hakikat bahawa penyerang, Anders Behring Breivik ialah pelampau Kristian berhaluan kanan dan bukan individu atau kumpulan ekstemis Muslim kini mendatangkan satu beban berkaitan nilai kewartawanan mereka.

Banyak media Barat kini terpaksa berdepan bukti bahawa Islam tidak mempunyai kaitan dengan serangan itu.

Akhbar-akhbar berpengaruh seperti New York Times, Washington Post, Financial Times dan Telegraph terjerumus dalam perangkap Islamofobia mereka sendiri apabila sejak awal mengaitkan kejadian itu dengan kumpulan Muslim, tanpa sebarang bukti atau petunjuk yang jelas.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * * 

OSLO, 24 Julai — Lelaki fanatik sayap kanan yang mengaku melakukan serangan bom ke atas bangunan kerajaan dan menembak peserta perkhemahan, yang meragut 92 orang kelmarin, mendakwa dia bertindak seorang diri, demikian menurut polis Norway hari ini.

“Dia mengaku melakukan kedua-dua serangan letupan bom dan menembak (seorang diri), meskipun dia tidak mengaku kesalahan jenayah,” kata pemangku ketua polis Sveinung Sponheim pada sidang media mengenai tindakan mereka menahan suspek Anders Behring Breivik.

“Dia berkata dia seorang tetapi polis perlu mengesahkan segala apa yang dia katakan.

“Berdasarkan beberapa keterangan saksi dari pulau (tempat kejadian), kami tidak pasti sama ada penembak seorang atau lebih,” kata beliau.

Sponheim berkata pihaknya tiada suspek lain berhubung kejadian paling buruk di Norway sejak Perang Dunia Kedua ini.

*selanjutnya di sini.
* * * * * * * * * *

SUNDVOLLEN, Norway, July 24 — A Norwegian right-wing fanatic who killed at least 92 people believes his acts were atrocious but necessary, his lawyer said, as the nation mourned victims of its worst attacks since World War Two.

Police were today investigating whether a possible second gunman took part in the shooting massacre and bomb attack on Friday that traumatised a normally peaceful Nordic country. 

But they also defended the speed of their response to the second stage of the attack when the gunman was able to shoot unchallenged for a prolonged period on an island outside Oslo, shortly after the huge bomb went off in the capital.

In his first comment via a lawyer since he was arrested, 32-year-old Anders Behring Breivik expressed willingness to explain himself in court at a hearing likely to be held tomorrow about extending his custody.

“He has said that he believed the actions were atrocious, but that in his head they were necessary,” lawyer Geir Lippestad told independent TV2 news, adding that his client admitted to both the shootings and the bombing.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * * *

The man suspected of a gun and bomb attack in Norway has called his deeds atrocious yet necessary, his defence lawyer said.

"He has said that he believed the actions were atrocious, but that in his head they were necessary," defence lawyer Geir Lippestad told TV2 news on Saturday.

As reported by Al-Jazeera, Lippestad said his client had said he was willing to explain himself in a court hearing on Monday. The court will decide at the hearing whether to keep the suspect in detention pending trial.

Earlier on Saturday, officials in Norway had charged a 32-year-old Norwegian man with killing at least 92 people in a gun and bomb attack described as the worst act of violence in the country since World War II.

Police confirmed to Al Jazeera on Saturday that the suspect had been named as Anders Behring Breivik.

Breivik, who confessed to firing weapons during questioning on Saturday, belonged to right-wing political groups. But officials said they are not jumping to conclusions about his motives.

Reports suggest he belonged to an anti-immigration party, wrote blogs attacking multi-culturalism and was a member of a neo-Nazi online forum.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * * 

A photograph of Norwegian attack suspect Anders Behring Breivik is broadcast by Norwegian television July 23, 2011. — Reuters /TV2 Norway pic


*selanjutnya di sini.
* * * * * * * * * *

Sistem Biometrik Sebagai Alat Pengundian...

* * * * * * * * * *

Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, akhirnya bersuara menyatakan akan mengimplementasikan sistem biometrik untuk perjalanan proses pilihan raya di Malaysia.

Sistem biometrik ini, sekalipun belum diperincikan, tentunya kedengaran menarik dan mengujakan rakyat Malaysia secara amnya.

Sebelum kita pergi lebih jauh menerobosi kebarangkalian kejayaan yang bakal dicapai melalui sistem yang mengujakan ini, eloklah kiranya kita menahan gejolak nafsu kita yang sangat teruja dengan kita menggariskan beberapa perkara yang seharusnya menjadi pokok perbincangan, iaitu, masalah semasa yang dihadapi, gerak kerja inisiatif sendiri oleh parti-parti bertanding, matlamat yang ingin dicapai, dan cara atau sistem yang bakal digunakan.
 
*selanjunya di sini.

* * * * * * * * * * 

Ok... selamat membaca...



P/S: Malaysia memang pelik... isu best macam ni pun dapat cover sikit je...

Tuesday, July 19, 2011

Answer That You Waiting For...

Salam and hi...

So I bet some of your waiting to know the answer to the weird picture that I post few days ago...


Some of you... answer... a man and women naked...

Some of you... answer... fishes...

Some of you... cannot really interpret the meaning behind the picture...

So then... the answer is... both of them is correct... but incidentally dolphin is a mammal... so fishes is kinda 50% wrong...

Well then... what really you can learn from this picture...??

If you show this picture to 5-12 years old kids... (in my case my younger sister who are at behind back when my sister show this picture to my family) they will will view this pcture as...


OMG!! Swimming dolphin...!!

But if you show to adults... most of the time they will see picture of man and women 'doing something'...

What can this picture indicate about your brain??

It simple... the picture is to detect whether or not your mind been corrupted by the world...

Corrupted by the world?? Nonsense...

It is true... see around... there are so many Hollywood movies in any local theater and cinema today... how many that you can find movies WITHOUT any kissing scene, swimming scene, almost nudity scene... and of course... 'intimate on bed' scene...

I can bet it will be least then 10%... even when you see local movies... the most of the directors try to adopt and implement this so called important scene...

We living in world that our mind is easily corrupted as we grew older... 

But do not confuse... this picture did not indicate whether or not you are pervert or something...

Because corrupted mind do not usually about sex and stuff... view things in daily life in negative perspective also corrupting mind...

Remember when we used to be so pure and innocent...

When we see tall tree and try to climb... kids see excitement... while adults see danger...

When we see lake and try to dive... kids see new world to discover... while adults see only water and fish...
When we see stars... kids see them with excitement and hope one day they can grasp even one of the stars... while adults see stars as stars... something that beyond the sky and far away...

Well I'm not saying that grew up and becoming an adults is no good... becoming mature over time... is the way to survive in this world...

But as we grew up... people around us tend to discourage us... try to make us feeling down... when we try to shoot for the star... some of the people surround will say... "Try to walk on earth more... rather go beyond the sky..."

This discouragement over time will eventually corrupted our mind... 

Even in test and exam... most of us just only have the willpower to pass... not to ace the subject...

See how corrupted our mind are...??

Now you know who you really are... either the corrupted mind person or not...

If you are one of the person who view the picture as naked man and women... there are hope for you to cleanse your mind... 

Maybe you can start to view thing in positive way... little by little but effective... or maybe start do more good deeds towards another people... or maybe try to get close to God so He will provided guide to you...

For those who view this picture as so called fishes... it doesn't mean that you already get away with corruption of mind... as life is full of 'detour' and 'roadblock'... but try to be like a deaf frog... who continue climb the tower even when the another frogs discourage him... and remember... get close to God as that the only ultimate way to cleanse our mind and soul...

So this maybe my last post in English... as I really suck at typing in English... sorry for my limited vocab and grammatical error... if you guys find some error... please correct me...

We are learner who learn from another learner...



P/S: I hope that you guys can catch what I try to tell...

Monday, July 18, 2011

Learn About Netiquette...

Salam and hi to readers...

Just now I surf through Youtube.com to take a glimpse about new video...

And I somehow end up seeing this video... about netiquette and the needed to learn it...

Oh yeah... netiquette is short for network etiquette or Internet etiquette... just in case you wondering...

A nice video... on top of that very informative and simple... even 5 years old kids (provided that them know English) can learn something from it...

So take a look...


In case you guys wanna know more...

10 rules of netiquette... 



P/S: Wondering about my etiquette in my own blog...

Saturday, July 16, 2011

Quote For Today... 16 July 2011...

Salm dan hi...

Tadi YB ada baca The Malaysian Insider... so ada satu post yang agak menarik post tu ada satu quote yang YB dari dulu cuba cari... ni adalah link post tu... orang bercakap mengenai isu BERSIH 2.0...

"First they came for the communists, and I did not speak out — because I was not a communist;
Then they came for the socialists, and I did not speak out — because I was not a socialist;
Then they came for the trade unionists, and I did not speak out — because I was not a trade unionist;
Then they came for the Jews, and I did not speak out — because I was not a Jew;
Then they came for me — and there was no one left to speak out for me."
~ Martin Niemoller, German pastor who opposed Adolf Hitler during the Holocaust ~

Apa yang kita boleh belajar dari cite sama la macam cite kat bawah ni...

* * * * * * * * * *

A mouse looked through the crack in the wall to see the farmer and his wife open a package.

"What food might this contain?" the mouse wondered. 

He was devastated to discover it was a mousetrap.


Retreating to the farmyard, the mouse proclaimed this warning:
"There is a mousetrap in the house! There is a mousetrap in the house!"

The chicken clucked and scratched, raised her head and said,
"Mr. Mouse, I can tell this is a grave concern to you, but it is of no consequence to me. I cannot be bothered by it."

The mouse turned to the pig and told him,
"There is a mousetrap in the house! There is a mousetrap in the house!"

The pig sympathized, but said,
"I am so very sorry, Mr. Mouse, but there is nothing I can do about it but pray.. Be assured you are in my prayers."

The mouse turned to the cow and said,
"There is a mousetrap in the house! There is a mousetrap in the house!"
  
The cow said,
"Wow, Mr. Mouse. I'm sorry for you, but it's no skin off my nose."

So, the mouse returned to the house, head down and dejected, to face the farmer's mousetrap

. . . .Alone. . .
  
That very night, a sound was heard throughout the house -- the sound of a mousetrap catching its prey.

The farmer's wife rushed to see what was caught. In the darkness, she did not see it. It was a venomous snake whose tail was caught in the trap.

 The snake bit the farmer's wife.

 The farmer rushed her to the hospital.   

When she returned home she still had a fever. Everyone knows you treat a fever with fresh chicken soup.

So the farmer took his hatchet to the farmyard for the soup's main ingredient:

But his wife's sickness continued. Friends and neighbors came to sit  with her around the clock. 

To feed them, the farmer butchered the pig.

But, alas, the farmer's wife did not get well... She died.
                   
So many people came for her funeral that the farmer had the cow slaughtered to provide enough meat or all of them for the funeral luncheon.

And the mouse looked upon it all from his crack in the wall with great sadness.

So, the next time you hear someone is facing a problem and you think it doesn't concern you, remember this story…

* * * * * * * * * *

Dalam cite ni... quote kat atas... memberi pengajaran bahawa... masalah untuk seseorang atau untuk satu kaum itu pada satu ketika akan juga masalah orang len...
Bukan pada hari ini... hari esok

Bukan pada hari esok... mengkin hari seterusnya...

Kerana itu kita perlu sedar... akan hal ini dan cuba membantu masalah orang len...

Macam kes BERSIH 2.0 ari tu...mungkin pada ari ini kita tidak dikasari oleh polis... tapi mana tau kemudian hari masa kita pula... kalau kita tak cuba bendung dari awal...

Sama juga dengan isu pilihanraya dan SPR... mungkin ari ni kita masih ignorance... tapi satu hari nanti kita mungkin menyesal kerana tidak cuba mengubah keburukan yang ada dalam sistem pilihanraya sekarang...

Jangan jadi macam isu gambar kartun Nabi Muhammad... orang kutuk dan hina Nabi Muhammad baru nak bersuara... baru nak memberontak menentang kezaliman... walhal... kezaliman yang sebenar nye ada pada diri kita... iaitu orang tengah hina Islam kat Palestin... tengah hina Islam kat Lubnan... dengan menghalau dan membunuh umat Islam di situ...

Hatta... ajaran nabi Muhammad yang paling mudah pun masih tak boleh buat... iaitu tuntutan lima Rukun Islam dan menutup aurat...

Kita la sebenarnye yang mengutuk dan mencaci Nabi Muhammad dengan melupakan ajaran yang dibawa baginda... tak masuk lagi isu couple dan keluar malam laki pompuan yang bukan mahram...

Oleh itu... mari la cakna dengan isu tempatan mahupun luar negara... agar kita menjadi pemimpin yang bukan sahaja memimpin... tapi mengajar orang len untuk memimpin lebih hebat...

Mari la mengubah sebelum terlambat... kerana mencegah lebih baik dari mengubati...



P/S: Nak cuba buat entri... Seminggu Selepas Bersih 2.0...

Friday, July 15, 2011

What Can You See In This Weird Picture...

Salam and hi to this blog readers...

A few years ago... my second sister, who are second oldest in my siblings... show one weird picture to our family... which included my younger brother, my youngest sister and my mom... to be exact...

This one particular picture is made by unknown guy... which conveys a little bit weird information... about human brain...

It also can indicates what type people are you... so without further due... this is the picture...


So what did you see in this picture??

Please give your answer... either in the comment section below... or through my Gmail address...

fahmieyz@gmail.com

After a few days... like in this coming Tuesday... I will give you the real answer through another post...

The REAL answer that will shock your mind... and please do not ask Mr. Google about this picture before you answer it... because I freaking hate CHEATERS... (especially in test and exam... and I do hate myself)

For those who already know the answer... please do not help another people... as this is test for discover one true self (at least at the moment you see this pic...)

I do know that this picture will cause an uproar towards some people... but trust me... this picture have a meaning that will shock your truth about yourself...

So... answer truthfully... and Insyaallah... you will know yourself better after this...

Oh yeah... before I forgot... the answer will be post in this blog so be make sure to check it out in this Tuesday...



P/S: The very first time type a post in English... any wrong grammar/vocabulary??

Thursday, July 14, 2011

News: Non-Muslim Dan Hadis...

Salam dan hai...

Tengah syok baca Berita Harian keluaran semalam (13 Julai 2011) YB tertarik dengan berita yang best ni...

* * * * * * * * * *

SHAH ALAM — Ketua pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman yang diarah keluar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam, kesal kerana menerima hukuman itu hanya kerana mahu bertanya kepada ADUN Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim yang cuba mempersendakan Islam.

Katanya, beliau hanya mahu meminta penjelasan kerana kecewa dengan Suee Lim yang sering menggunakan hadis dalam sidang DUN, tetapi tidak dibenarkan serta diarah keluar dan serta dilarang memasuki sidang sehingga tamat persidangan oleh Speaker, Datuk Teng Chang Khim.

Chang Khim ketika membuat keputusan itu, berkata beliau terpaksa mengarahkan Mohamad Satim keluar dewan kerana menghalang Suee Lim meneruskan perbahasan walaupun diperintahkan duduk.

Mengulas lanjut, Mohamad Satim berkata, Suee Lim tidak layak bercakap mengenai hadis kerana beliau bukan orang Islam selain tidak memahami maksud hadis Rasulullah SAW itu sendiri.

“Saya ingin bertanya kenapa beliau bercakap soal Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada Islam. Kami orang Islam pun tidak berani berhujah kerana takut terpesong daripada maksud hadis,” katanya.

Mohamad Satim berkata, bukan Islam sepatutnya lebih menghormati sensitiviti orang Islam dengan tidak menyalahgunakan hadis dan al-Quran bagi kepentingan politik. 

“Kalau saya menyatakan sesuatu dalam ajaran agama Buddha, Kristian dan sebagainya dan jika ia tidak betul, sudah tentu akan menyinggung perasaan penganut agama itu. Saya juga ingin tanya di mana pemimpin PAS lain yang mendiamkan diri semata-mata menjaga kepentingan politik dan bukannya maruah Islam,” katanya. 

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * * 

So... ada sapa pembaca di sini ingin memberikan hujah masing-masing?? Adakah haram bagi non-muslim berhujah dengan menggunakan -Al-Quran dan As-Sunnah??


So meh la YB jawap menggunakan ilmu YB yang setitik dari ilmu Allah yang selautan...
Bagi pendapat YB... tidak salah bagi seorang yang tidak beriman dengan Islam menggunakan elemen Islam dalam berhujah...

Bukankah itu dakwah??

Dakwah bukan bermaksud mengajak melakukan perbuatan baik semata-mata... tetapi juga berusaha untuk memperbaiki diri dan masyarakat sekeliling...

Dan non-muslim termasuk dalam golongan yang dikatakan masyarakat itu...

Sebagai muslim sejati... kita tidak patut marah kalu ada orang non-muslim mempersendakan agama Islam... seharusnya memperbetulkan mereka kembali dan memahamkan erti sebenar ayat-ayat Al-Quran dan As-Sunnah...

YB pernah experience bende ni... dan apa YB buat... YB hanya senyum ketika mereka bergelak ketawa... lepas habis gelak... YB baru explain kat diorang maksud dan erti yang diorang persendakan tadi... YB senyum bukan kerana kelakar tetapi kerana kesombongan YB akan ilmu agama maka menyebabkan ada orang masih tak faham apa itu Islam...

Bagi YB... apabila seorang non-muslim mula menggunakan ajaran Islam dalam kehidupan mereka... bukankah itu bermakna ketakutan terhadap Islam itu mula menipis?? Bukankah itu menandakan bahawa mereka sudah mula ingin memahami akan Islam sebenar??

Firman Allah... Muhammad diutuskan sebagai pemulih akhlak manusia dan Al-Quran itu adalah kitab suci...

Maka sesiapa sahaja boleh berhujah menggunakan dua elemen terpenting dalam Islam ini... selagi ayat itu tidak membawa kepada kekeliruan kepada public... dan mesti dirujuk terlebih dahulu dengan orang yang lebih berilmu dalam agama Islam...

Menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah dalam berhujah bukan nye mempersenda tetapi menaikkan nama Islam kerana sudah ada non-muslim berani menyebut ajaran Islam di bibir mereka... 

"...Kami orang Islam pun tidak berani berhujah kerana takut terpesong daripada maksud hadis..."

Terpesong sebab hang tak cuba nak faham maksud dan erti hadis tu... memey la (nada Jai dari KL Gangtar)

YB yakin dan percaya... bahawa Ng Suee Lim sudah merujuk mana-mana tokoh agama Islam sebelum menggunakan hadis tersebut... lagipun... sebagai pembangkang... tak kan la dia nak buat 'bulu' dengan rakyat melayu yang sudah majoriti di Malaysia...

So lepas ni... kalu ada rakan sebelah yang non-muslim menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah ketika berhujah... maka ucapkan taniah kepada mereka dan dalam masa yang sama memperbetulkan diri mereka andai mereka tersalah erti...

Kalu apa yang YB share ni salah maka perbetulkan la YB ni... andai kata terkurang maka tambah la garam dalam lauk YB ni... kerana diriku hanya YB... Yang Belajar



P/S: Apa hadis yang si Ng Suee Lim ni guna?? Nak tau...

Wednesday, July 13, 2011

Belajar Dari Burung...

Salam dan hi...

Tetiba terasa nak taip blog ni... tapi tak tau nak taip pasal pe... so YB nak share salah satu perkataan yang YB selalu share dengan orang apabila ada orang tanya dengan YB mengenai status YB setelah satu tahun berada dalam alam remaja-hampir-dewasa ni... iyela... ada pasangan/couple k tidak... (tak faham kenapa orang selalu tanya...)

"Look at the birds in the sky, learn from them... their are flying and soaring high in the sky... but in the end of the day... they still cannot go outer space... that is the bird's limitation..."


Apa yang YB maksud kan adalah... sejauh mana kita berada... sehebat mana kita ni... ada perkara yang kita tak akan boleh buat...

Jadi tok sah la nak couple-couple ni... sebab pergaulan laki pompuan ada limitation... and the list of limitationis in the Quran and Sunnah...

Rule are there not to be broken... but for guide our life to perfection... (applicable only for Allah's rule)



P/S: Malas nak berpasangan... nanti kene belanja makan... takut makin kurus YB ni...

Tuesday, July 12, 2011

Just Random Video About BERSIH 2.0

Salam danhia...

Ini adalah satu compilation oleh 2 rakyat Malaysia yang menyertai BERSIH 2.0...


Yang ini pula adalah satu ulasan dari berita Jepun yang membuat cover berita kat Malaysia...


Dari saat 0:40 sehingga 0:51 adalah satu footage yang setakat ni YB tak nampak lagi kat media kat Malaysia... jadi YB rasa tu footage yang asli... tak kan nak kata orang asing buat cover berita kat Malaysia pun menipu gak kot...

YB menangis (dalam hati jela... tak kan nak nangis depan roomate kot...) bile melihat peserta BERSIH 2.0 dalam video pertama... mana tak ye... tengah nazak tapi orang yang 'tengah berkuasa' boleh lagi duk mendalih-dalih and push responsibility to another people... dah tau kawan tu tengah nazak bantu la sebagai seorang manusia...

YB tahu yang polis dalam video tengah emo sebab nak leraikan perhimpunan 'HARAM' tu... dan 'salah' peserta tu cbe membetulkan negara ini mengunakan perhimpunan 'AMAN'... tapi tok sah la tercegat what don't know kat situ... macam orang putus tali layang-layang... tak tau nak buat pe...

Tak boleh k untuk seketika... kita buang barrier ego dalam diri kita untuk bantua orang len... you comment and condemn about people who are racist... but the man in the video, struggling on detah bed... is your own race... for God's sake...

Ingat kematian seseorang tu tak boleh tumbang kat kerajaan k?? boleh baca kat sini.



P/S: Kematian yang paling menyedihkan dalam sejarah Malaysia pada abad ke-20...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi