YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Thursday, July 14, 2011

News: Non-Muslim Dan Hadis...

Salam dan hai...

Tengah syok baca Berita Harian keluaran semalam (13 Julai 2011) YB tertarik dengan berita yang best ni...

* * * * * * * * * *

SHAH ALAM — Ketua pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman yang diarah keluar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam, kesal kerana menerima hukuman itu hanya kerana mahu bertanya kepada ADUN Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim yang cuba mempersendakan Islam.

Katanya, beliau hanya mahu meminta penjelasan kerana kecewa dengan Suee Lim yang sering menggunakan hadis dalam sidang DUN, tetapi tidak dibenarkan serta diarah keluar dan serta dilarang memasuki sidang sehingga tamat persidangan oleh Speaker, Datuk Teng Chang Khim.

Chang Khim ketika membuat keputusan itu, berkata beliau terpaksa mengarahkan Mohamad Satim keluar dewan kerana menghalang Suee Lim meneruskan perbahasan walaupun diperintahkan duduk.

Mengulas lanjut, Mohamad Satim berkata, Suee Lim tidak layak bercakap mengenai hadis kerana beliau bukan orang Islam selain tidak memahami maksud hadis Rasulullah SAW itu sendiri.

“Saya ingin bertanya kenapa beliau bercakap soal Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada Islam. Kami orang Islam pun tidak berani berhujah kerana takut terpesong daripada maksud hadis,” katanya.

Mohamad Satim berkata, bukan Islam sepatutnya lebih menghormati sensitiviti orang Islam dengan tidak menyalahgunakan hadis dan al-Quran bagi kepentingan politik. 

“Kalau saya menyatakan sesuatu dalam ajaran agama Buddha, Kristian dan sebagainya dan jika ia tidak betul, sudah tentu akan menyinggung perasaan penganut agama itu. Saya juga ingin tanya di mana pemimpin PAS lain yang mendiamkan diri semata-mata menjaga kepentingan politik dan bukannya maruah Islam,” katanya. 

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * * 

So... ada sapa pembaca di sini ingin memberikan hujah masing-masing?? Adakah haram bagi non-muslim berhujah dengan menggunakan -Al-Quran dan As-Sunnah??


So meh la YB jawap menggunakan ilmu YB yang setitik dari ilmu Allah yang selautan...
Bagi pendapat YB... tidak salah bagi seorang yang tidak beriman dengan Islam menggunakan elemen Islam dalam berhujah...

Bukankah itu dakwah??

Dakwah bukan bermaksud mengajak melakukan perbuatan baik semata-mata... tetapi juga berusaha untuk memperbaiki diri dan masyarakat sekeliling...

Dan non-muslim termasuk dalam golongan yang dikatakan masyarakat itu...

Sebagai muslim sejati... kita tidak patut marah kalu ada orang non-muslim mempersendakan agama Islam... seharusnya memperbetulkan mereka kembali dan memahamkan erti sebenar ayat-ayat Al-Quran dan As-Sunnah...

YB pernah experience bende ni... dan apa YB buat... YB hanya senyum ketika mereka bergelak ketawa... lepas habis gelak... YB baru explain kat diorang maksud dan erti yang diorang persendakan tadi... YB senyum bukan kerana kelakar tetapi kerana kesombongan YB akan ilmu agama maka menyebabkan ada orang masih tak faham apa itu Islam...

Bagi YB... apabila seorang non-muslim mula menggunakan ajaran Islam dalam kehidupan mereka... bukankah itu bermakna ketakutan terhadap Islam itu mula menipis?? Bukankah itu menandakan bahawa mereka sudah mula ingin memahami akan Islam sebenar??

Firman Allah... Muhammad diutuskan sebagai pemulih akhlak manusia dan Al-Quran itu adalah kitab suci...

Maka sesiapa sahaja boleh berhujah menggunakan dua elemen terpenting dalam Islam ini... selagi ayat itu tidak membawa kepada kekeliruan kepada public... dan mesti dirujuk terlebih dahulu dengan orang yang lebih berilmu dalam agama Islam...

Menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah dalam berhujah bukan nye mempersenda tetapi menaikkan nama Islam kerana sudah ada non-muslim berani menyebut ajaran Islam di bibir mereka... 

"...Kami orang Islam pun tidak berani berhujah kerana takut terpesong daripada maksud hadis..."

Terpesong sebab hang tak cuba nak faham maksud dan erti hadis tu... memey la (nada Jai dari KL Gangtar)

YB yakin dan percaya... bahawa Ng Suee Lim sudah merujuk mana-mana tokoh agama Islam sebelum menggunakan hadis tersebut... lagipun... sebagai pembangkang... tak kan la dia nak buat 'bulu' dengan rakyat melayu yang sudah majoriti di Malaysia...

So lepas ni... kalu ada rakan sebelah yang non-muslim menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah ketika berhujah... maka ucapkan taniah kepada mereka dan dalam masa yang sama memperbetulkan diri mereka andai mereka tersalah erti...

Kalu apa yang YB share ni salah maka perbetulkan la YB ni... andai kata terkurang maka tambah la garam dalam lauk YB ni... kerana diriku hanya YB... Yang Belajar



P/S: Apa hadis yang si Ng Suee Lim ni guna?? Nak tau...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi