YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Wednesday, July 6, 2011

News: Dari Jalanan Ke Stadium...

Salam dan hi...

Semalam lepas dok stress mengenangkan test 1 Thermodynamics II yang agak nak berapa skor... YB website Berita Harian... tuk baca perkembangan terbaru di Malaysia... tup tup... ada perkembangan terbaru untuk BERSIH 2.0 pada 9 Julai, Sabtu ni... 

Selepas membanding dengan beberapa sumber lain... maka perkara ini mungkin akan berlaku pada Sabtu ini...

Iaitu... BERSIH 2.0 akan berlaku di stadium instead of kat jalan...

* * * * * * * * * *

KUALA LUMPUR — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akhirnya mengubah pendirian dengan bersetuju mengadakan perhimpunan Sabtu ini di sebuah stadium, bukannya di jalanan, selepas menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, hampir sejam di Istana Negara, petang tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis menghadap itu, Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenavasan, berkata lokasi stadium yang bakal digunakan itu belum ditetapkan tetapi tarikh perhimpunan tidak berubah.

“Pertemuan kami dengan Baginda selama hampir sejam itu berjalan dengan baik selain turut memberi peluang kepada kami untuk menjelaskan tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan.

“Kita setuju untuk mengadakan perhimpunan BERSIH ini di stadium 9 Julai ini.... tiada lagi perhimpunan jalanan seperti yang dirancang sebelum ini. Bagaimanapun lokasi stadium belum ditetapkan.

“Malah, kita juga sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dan kerajaan bagi menyelesaikan isu ini,” katanya.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * * 

PUTRAJAYA, 5 Julai — Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 bagi membincangkan lokasi yang sesuai — sebuah stadium — bagi perhimpunan Sabtu ini tetapi menegaskan tawaran itu adalah bersyarat.

“Mereka mesti pergi dengan aman dan meninggalkan (lokasi) dengan aman.

“Jika ada kejadian yang tidak diingini, penganjur akan dipertanggungjawabkan,” kata beliau.
*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * * 

KUALA LUMPUR, July 5 — Bersih 2.0 will continue its rally for electoral reform but in a stadium and not on the streets, the group said today fresh from an audience with the Yang di-Pertuan Agong in Istana Negara.


“We accept the government’s offer to hold the demonstration in a stadium. We will not hold it in the streets,” Bersih 2.0 chief Datuk Ambiga Sreenevasan told reporters today.

“This is the best way,” she said, admitting it was a compromise.

Ambiga said the meeting today in the palace was only between Bersih leaders and the King.

“No prime minister,” she replied, referring to Datuk Seri Najib Razak.

Ambiga was spotted entering Istana Negara about 2pm today after winning an audience with the King to discuss their Saturday march in the national capital.

She was accompanied by fellow Bersih steering committee member Zaid Kamaruddin and national laureate Datuk A. Samad Said. The trio came out at 3.15pm.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * * 

Adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan mengaku kalah... oh tidak sesama sekali...

Ini membuktikan bahawa Datuk Seri Najib masih boleh berfikir dengan rasional (setelah mendapat pressure dari pihak atasan) setanding dengan jawatan yang sedang beliau pegang... tapi kesian kat Datuk Seri Najib kerana tak dapat memberikan buah pemikiran mengenai isu ini ketika si Ambiga menghadap sultan...

Yes... You heard it... Datuk Ambiga got the permission to see the King... OMG!!
(teringin juga untuk berjumpa dengan Sultan Mizan Zainal Abidin... antara Yang Di-Pertuan Agong Termuda...)

Dan dari YB baca dan tafsir dari sumber berita lain... sultan agak menyokong BERSIH 2.0... ini kerana walaupun ada anasir yang cuba memikat hati sultan untuk slash perhimpunan ini... baginda dengan bijak menukarkan perhimpunan ini dari jalanan k stadium...

Nak tau apa yang YB rasa tuk kes ni?? Ini adalah pengiktirafan dari baginda yang bahawa baginda juga menyokong perhimpunan ini... bukan sebab kerana nak gulung kerajaan sekarang... tetapi ini menunjukkan hasrat baginda unutuk memulihkan kembali situasi dalaman kerajaan sekarang yang agak kurop...

HIDUP TUANKU!! (Allahuakbar hanya dengan Sultan Kelatan)

So the story now... what stadium to be used as the venue of this historical event??

Jawapannya ada di sini...

* * * * * * * * * * 

SHAH ALAM, 5 Julai — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan membenarkan perhimpunan Bersih Sabtu ini diadakan di Stadium Shah Alam di sini.

Bagaimanapun penganjur perhimpunan itu perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan iaitu ia diadakan dalam keadaan aman tanpa sebarang kekacauan.


“Mereka perlu berdisiplin, tertib dan terkawal, jika berlaku sebarang kerosakan mereka perlu menanggung kosnya,” katanya dipetik Bernama Online.
Beliau ditanya sama ada pihaknya akan membenarkan perhimpuan itu diadakan di Stadium Shah Alam.

“Saya tidak boleh komen mengenai sama ada mereka akan meneruskan (perhimpunan itu) ataupun tidak, tetapi sekiranya mereka mahu menggunakan Stadium Shah Alam, saya benarkan dengan syarat tujuannya tetap sama iaitu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) melaksanakan perubahan memastikan pilihan raya diadakan secara lebih terbuka,” katanya.

Beliau berkata langkah itu juga sebagai menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa demonstrasi jalanan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * * 

Kepada kerajaan... terima kasih atas bantuan dan pemahaman yang diberikan agar tuntutan BERSIH 2.0 menjadi realiti... walaupun bukan tahun ini... tapi insyallah akan berlaku pada PRU yang lain...

Kepada Polis Diraja Malaysia... udah la tu tangkap orang... titah Tuanku kene ikut... karang derhaka la plak...

Kepada para pesilat... diminta hadir untuk ke stadium agar jika kekacauan berlaku... kamu la golongan yang akan meredakan suasana... kerana YB yakin... kamu semua belajar silat bukan untuk menjadi kaki pukul... mahupun memukul orang tanpa usul periksa... tetapi belajar atas kesedaran yang kamu mampu untuk melindungi golongan yang teraniaya dan lemah... maka jangan la memilih pihak... 

Kepada penganjur... dah dapat approval Tuanku jangan besar kepala plak... sebab yang Tuanku setuju adalah tuntutan yang lapan tu... bukan kekacauan atau huru-hara yang mungkin berlaku masa perhimpunan tersebut... jadi jaga la kelakuan...



P/S: Sebagai mahasiswa... kene cakan isu hangat kat negara ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi