YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Friday, March 18, 2011

Rosmah Mansur Dan Komen Terhadap Tsunami...

Salam dan hi...

Seperti yang pembaca tau... baru-baru ni Jepun telah dilanda satu bencana yang ditimpakan oleh Maha Besar.... iaitu dilanda tsunami setelah berlakunya gempa bumi berskala 8.9...

Kalu sape ada buka main page Google 2-3 jam sebelum kejadian... kat page tu Mr Google memberi peringatan kepada penduduk Jepun yang berada ditepi pantai supaya evacuate tempat tinggal masing-masing kerana tsunami akan melanda setelah para geologist dan scientist mengesan gempa bumi berskala 8.9 kat berhampiran Jepun...

Tapi nak wat camne... En. Tsunami yang datang tu lebih hebat dari yang biasa... Sampai kawasan bandar yang agak jauh dari pantai pun abis diranap...

Takziah kepada penduduk Jepun... dan bersabar la kerana dalam setiap kejadian ada hikmah nye...

Apa pun... YB agak bersedih di atas kejadian ini... kerana anime kegemaran YB yang patut di air terpaksa dipinda ke tarikh yang tak diberitahu...

Bencana alam yang jarang terjadi ini telah mendapat banyak reaksi dari pelbagai pihak... seperti mana Berita Harian memberi 'respon yang terbaik' kepada isu ini...


Malapetaka ini pun mendapat perhatian dari Jurucakap Tidak Rasmi PM Malaysia yang tak rasmi... di mana juru cakap ini boleh menjadi apa-apa.... dari Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan sehingga menjadi Duta Malaysia lalu boleh pergi ke sana ke mari tanpa menguna duit di poket sendiri...

Ini adalah video komen Jurucakap Tidak Rasmi PM Malaysia ini...


What in the world!!??

Apa plak kaitan Green Technology@Teknologi Mesra Alam ngan tsunami plak ni???

Adakah Jurucakap Tidak Rasmi PM Malaysia@Menteri Pendidikan tak belajar bahawa yang menyebabkan tsunami itu adalah kerana pergerakan platonik lapisan batuan bumi yang abnormal@gempa bumi... rase nye ramai j tau hakikat ini...

Ni mesti kes tak buka Twitter PM lalu tak baca Twitter dari Jepun... hmmmm... kemungkinan...

Tapi tak boleh salah kan dia gak... sebab mungkin tengah nervous lalu panik... dan tercakap yang tsunami dan gempa bumi berasal dari teknologi yang tak mesra alam...

Let me get this straight... sebelum YB pun pening cam Jurucakap Tidak Rasmi PM Malaysia ni... err... teknologi yang tak mesra alam hanya pollute bumi j kan... tak la sampai boleh mengerakkan lapisan batuan bumi yang bertan-tan berat nye...

Ni yang wat YB konfius ni... hmmm.... Oooo I see... Ni mesti kes tak de kertas ucapan yang disediakan oleh pembantu si Jurucakap Tidak Rasmi PM Malaysia ni... ceh... patut la panik semacam j... kene soalan on the spot rupe nye...

Tu la... dah elok-elok bini PM tak de kerja... sibuk cari nahas cam takde orang len boleh wat kerja tu... kan dah kene bagi komen pasal isu semasa...



P/S: Cari la kerja bersesuaian ngan level diri sendiri... tak payah jadi Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan atau Duta Malaysia kalu tak reti nak wat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi