YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Thursday, June 30, 2011

News: Pak Samad Dan Pendiriannya..

Ini merupakan kronologi ringkas mengenai A. Samad Said beberapa ari ni...

Ada pe ngan Pak Samad??

Korang boleh tanya?? Tak baca berita ke weh?? Kan beberapa ari lepas Pak Samad kene bagi keterangan dengan polis atas kerana menyokong BERSIH 2.0...


Meh baca dan hayati perjuangan seorang seniman tanah air ni...

* * * * * * * * * *

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Sasterawan Negara Datuk A Samad Said turut dipanggil polis untuk diambil percakapan berhubung Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

The Malaysian Insider difahamkan polis mahu bertemu dengan beliau berhubung ucapannya pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 19 Jun lalu.

Pada majlis tersebut beliau antara lain menyampaikan ucapan dan puisi berjudul “Unggun Bersih”. (boleh baca kat hujung entri)

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * *

KUALA LUMPUR, 27 June National laureate Datuk A Samad Said gave his statement on his involvement in Bersih 2.0 today.
Samad arrived with Bersih chairperson, Datuk Ambiga who was also called on by the police to record her statement.

Samad and Ambiga were charged under the 27(5) Police Act and 4(1) Sedition Act for their involvement during the launching of Bersih on 19 June.

Samad was charged for reciting a poem titled 'Unggun Bersih'.

Met outside the police station here in Dang Wangi, Ambiga and Samad said that the police have taken their statement and will do their investigation for further action.

Samad said that his involvement in Bersih is strictly on the basis that he wants to end corruption and misled practises that has "blossomed in Malaysia nowadays".

"This is all for the betterment of the country and nothing is political about it", said Samad.

Samad also vowed to take to the streets on the Bersih 2.0 rally that's scheduled for July 9.

"I just can't sit and wait for justice to come knocking at my door. If I am afraid of all the dangers and threat that I might encounter during the rally, then I will be forever trapped in the unjust system that clearly oppresses the people of this country.

Samad also said that those who are protesting against the rally should understand that Bersih is fighting for their rights too.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * *

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Teras Keupayaan Melayu (Teras) kesal dengan tindakan polis apabila Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said turut diheret di bawah Akta Hasutan, berkaitan dengan perhimpunan 9 Julai anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Pada majlis tersebut A. Samad Said menyampaikan ucapan dan puisi berjudul “Unggun Bersih” di ibu negara 19 Jun lalu.

Pengerusi Teras Keupayaan Melayu, Azmi Abdul Hamid berkata, beliau kesal dengan tindakan polis yang menyiasat Sasterawan Negara itu semata-mata kerana membaca puisi sahaja.

“Saya kesal polis menyiasat beliau atas puisi yang dibacanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan semalam, A Samad Said dipanggil polis untuk diambil percakapan berhubung Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * *

SHAH ALAM, 29 Jun Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menegaskan beliau tetap sertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai depan kecuali dihalang atau 'dihilangkan'.

Ketika menjawab soalan wartawan dalam satu sidang media petang tadi, tokoh seniman pejuang ini  bertegas dengan pendirian teguhnya.

Pada 27 Jun lalu, Pak Samad telah dipanggil ke Balai Polis Dang Wangi untuk diambil keterangan tentang sajaknya bertajuk Unggun Bersih.

Sajak yang menyokong Bersih itu dibacakan dalam majlis Pelancaran Bersih pada 19 Jun lalu di ibu kota, itu pun hanya dibaca dalam dua para sahaja.

Sidang media itu disertai juga Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Dinsman; Setiausaha Paksi, Hasni Abas dan Setiausaha Budayawan Bertindak, Kassim Muhammad.

Sebelum itu, Pak Samad mengulas sebuah novel baru nukilan Razali Endun bertajuk Cinta AF yang menyindirkan situasi sebuah rancangan realiti sebuah rangkaian televisyen.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * * 

Apa macam?? Best...

Hohoho... steady la Pak Samad... walaupun badan dah berbulu putih tetapi jiwamu masih muda... (tapi jangan muda bab nafsu udah...)

Bagi pendapat YB... Pak Samad harus menjadi contoh oleh anak muda di Malaysia... bukan kerana beliau berani menyebelahi pembangkang tetapi kerana kesungguhan beliau dalam melakukan menegakkan...

Kalu tengok orang muda sekarang... keberanian tak macam orang dulu... selalu takut dengan bayang sendiri... kadang-kadang kurang produktif (YB pun sama gak...) Yang tua lagi la... mengharap sangat kepada orang muda untuk mengubah nasib mereka...

Tetapi tidak tuk Pak Samad... he put the matter in his own hand... like it is his own problem...

Tapi yang tak best... Pak Smad kene 'cop' dek kerajaan T-T... Adakah dengan membaca sajak akan membuatkan negara bergolak?? Adakah menyebabkan negara huru hara?? Kalau semuanya 'YA' maka kelemahan pada sistem pentadbiran negara amat la membimbangkan... kerana hanya satu sajak boleh cetus semua masalah...

Orang tua walaupun dah boleh sebagai golongan yang perlu bersara... tetapi luahan mereka patut di lihat oleh kerajaan... kerana mereka dah hidup lama dan tahu adakah perubahan yang berlaku di negara ini bagus atau sebaliknya...

Apa pun... YB respect ini seniman... meh baca sajak beliau yang beliau baca masa majlis tu...

Ungun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

*disunting dari Hujan Pagi (blog A. Samad Said)


P/S: Pernah minat baca sajak... teringin masuk bertanding...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi