YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Monday, June 27, 2011

News: Pemuda di Halau Keluar Kerana Baju BERSIH 2.0...

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju BERSIH.


Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.
Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * *

Adakah begini sikap seorang tua yang YB boleh katakan sudah 'makan garam terlebih dahulu' dari pemuda tersebut... sepatutnya orang tua tersebut perlu menegur dengan mengunakan minimum emosi agar tiada siapa akan terasa hati... dan itu la kaedah dakwah yang diajar Rasulullah...

Bukan la YB nak berpihak kepada sesiapa... kalu nak halau pun tak payah la nak cakap orang len munafiq... kerana sebagai seorang muslim... kita tak boleh menghukum kerana yang menghukum itu hanya la layak bagi Allah... kita hanya layak menjalankan hukuman sahaja...

Lagi satu... pemuda tu pun 'cerdik' sangat... dah tau baju tu akan buat kecoh... tok sah la nak pakai tunjuk orang... masa sembahyang pakai baju len... pastu keluar masjid pakai la baju BERSIH 2.0 tu puas-puas... nak buat sampai ke tido pun orang tak bising...



P/S: Masih tak faham kaitan BERSIH 2.0 dan warna kuning...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi