YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Monday, June 27, 2011

Google Reader...

Salam dan hi kepada pembaca blog ni...

Dah lama gaban YB tak update blog ni... dah bersawang sangat... sejak dua menjak ni YB dah ada satu penyakit baru yang mana penyakit ni boleh merebak kepada orang len kalu kena pada tempat dan waktu... nak tau sakit pe??

PENYAKIT MALAS... 

Sementara tengah duk free depan laptop ni... nak share la sikit mengenai satu software... iaitu RSS Feed (Really Simple Syndication)... dan RSS Feed yang YB guna adalah Google Reader...

Software ni memudahkan YB tuk subcribe certain website yang menyediakan RSS Feed link (contoh gambar seperti di bawah)...


Nak tau macam mana nak guna software ni... boleh masuk blog ni. Blog ni adalah kepunyaan senior kepada senior YB masa kat MRSM Kuala Lipis atau sekarang dikenali dengan nama MRSM Tun Ghazali Shafie (MRSM TGS)...

Insyaallah... dengan Google Reader ni nanti... kalu YB ada masa free... YB akan post berita hangat (pada pendapat YB la) kat blog ni... agar pembaca blog akan lebih peka terhadap isu semasa dalam mahupun luar negara... 

Antara ciri-ciri berita yang akan YB kongsi bersama adalah berita yang ada kaitan dengan diri kita sebagai rakyat Malaysia secara langsung atau tidak langsung... setakat berita artis kene tangkap khalwat tu... YB malas la nak borak kat sini... tu rasa nye para pembaca lebih arif dari YB...



P/S: Berita hangat sekarang adalah BERSIH 2.0 dan kes video seks Anwar Ibrahim...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi