YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Tuesday, June 28, 2011

News: Antara Maruah, Hijab dan Sukan...

ATLANTA, 28 Jun — Dia mampu mengangkat berat 240 paun dan boleh melakukannya lebih 100 kali. Bagaimanapun, sebagaimana disedari Kulsoom Abdullah sendiri baru-baru ini, dia tidak boleh melakukannya lagi kecuali atlit itu sanggup tidak lagi menutup bahagian kaki dan tangan.

Kulsoom, 35, seorang Muslim Amerika berkata mematuhi peraturan sedemikian bermakna dia terpaksa melanggar keperluan prinsip agamanya.


Sebaliknya, daripada berputus asa dalam mencapai impiannya bersaing kejohanan mengangkat berat, Kulsoom mahu memperjuangkan dan bertarung agar peraturan antarabangsa sukan dapat dipinda.

Kulsoom dilihat satu-satunya wanita di dunia yang mahu bersaing dengan mengenakan hijab — yang menutup bahagian kepala, tangan dan kaki.

*selanjutnya di sini.
* * * * * * * * * *

Di Amerika... mereka sudah mula memaksa wanita Islam mendedahkan aurat... antara alasan diberi adalah;

                                                                 Sukan: Untuk keselamatan
                                                Sektor pekerjaan: Tidak professional dipandang
                                                         Masyarakat: Terlalu extremist... liberal la sikit

dan lain-lain alasan lagi...

tapi di Malaysia... tak payah paksa wanita Islam sendiri yang akan mendedahkan aurat...

Tapi kami pakai tudung... kami pakai baju lengan panjang... kami pakai seluar panjang lebih  dari buku lali...

Tapi adakah kalian tidak melihat bahawa yang kalian lakukan adalah MEMBALUT aurat...

Tapi kan semua itu fesyen terkini... kalu asyik pakai baju kurung j... rimas la... lagi pun kami pakai begini pun sebab kaum Adam yang suke...

Dan untuk itu kalian mengadaikan maruah kalian sehingga seolah-olah yang fesyen lagi penting dari menjaga nilai diri kalian??

Kaum Adam yang suke?? Baca dan faham kan ayat ini...

“... tetapi boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...”
~ Al-Baqarah: 216 ~

Ketahuilah... ramai lelaki yang sebenar nya suke apabila seorang wanita itu berpakaian sopan dan menutup aurat...



P/S: Pompuan pun dah angkat berat... huhuhu (sedih mengenangkan diri yang kerdil)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi