YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Tuesday, June 28, 2011

News: Dulu Si Ambiga... Sekarang Giliran Khairy..

PETALING JAYA, 28 Jun — Sekitar 600 anggota Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR di sini lewat malam tadi, dilihat sebagai satu tindakan mengugut menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, susulan SMS ugutan bunuh diterima ketua mereka Khairy Jamaluddin.


Mereka tiba di blok pejabat di Tropicana di sini, beberapa pintu dari balai polis, mendakwa ugutan bunuh diterima Khairy kelmarin, datang daripada parti pembangkang itu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu membantah dakwaan tersebut.

Ahli jawatankuasa Pemuda Umno Lokman Noor Adam mendakwa dia mengetuai kumpulan 600 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.

Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar “mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal.”

Khairy, yang kini berada di luar negara berkata, beliau menerima ugutan bunuh menerusi SMS kelmarin, meminta pihaknya membatalkan perhimpunan balas yang hendak diadakan menentang Himpunan Bersih 2.0.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * *

Aik... dulu si Ambiga sekarang Khairy Jamaludin plak?? Lepas ni sapa plak la yang kene ugutan bunuh...

Adakah ugutan bunuh yang di terima oleh si Khairy ni hanya sandiwara semata-mata?? Supaya sokongan dari Pemuda Merah semakin membara?? Atau ingin memperlihatkan pembangkang ini adalah figure dark side??

Apa pun YB just nak mempersoalkan satu j... camne si Kahiry ni tau yang SMS tu dari pihak pembangkang?? Adakah beliau mempunyai list number semua pihak pembangkang?? Atau didalam mesej pesanan ringkas itu berbunyi begini;

"Hai saya dari pembangkang... sila jangan halang BERSIH 2.0... kalu tak..."

atau

"Kami dari pihak pembangkang akan membunuh encik sekiranya encik berdegil untuk menghalang kami berhimpun pada 9 Julai..."

Rasanye tak mungkin la orang yang ugut bunuh buat macam tu... itu bebal tahap cipan kalu buat gitu... orang ugut bunuh tak perkenalkan diri... gune nombor yang susah untuk di'detect'... tapi si Khairy ni boleh plak serkap jarang yang mesej tu dari pembangkang...

Well... I'm not saying that 'pembangkang' is not one of the suspects... but you shouldn't make statement like you know the culprit behind it... catch the drift??

Yang paling best tu... pejabat PKR tu bersebelah dengan balai polis... Hello!! Pak polis tak halang diorang k?? Diorang tu buat perhimpuan mini haram... diam la plak??

Adakah kalu Pihak Merah buat perhimpunan sebegini... maka mereka ada permit walaupun tanpa minta??

Ooo... lupe semua polis masa tu pakat semua gi minum air kopi kat warung Pak Abu kot... sian... maklum la seharian bertugas... masa tu j yang ada tuk menghilangkan dahaga kat tekak...



P/S: YB pernah dapat SMS 'salam perkenalan' dari gadis misteri...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi