YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Tuesday, January 11, 2011

Setelah Bertungkus Lumus Berusaha... Akhirnya...

Salam...

Wuhuhu... setelah satu sem YB bertungkus lumus... ditambah lagi badai yang YB terpaksa hadapi sem lepas... dibebankan lagi dengan tanggungjawab yang terpaksa dipegang... dicampur adukkan masalah jiwa yang sering menganggu concentration YB... tak kira lagi masalah tido YB yang makin melarat... akhirnya...

"WEH!! Dah boleh buka la... takutnye..." kata si Hilmi (bukan nama sebenar) kat sebelah katil yang bukan dia punyer (bukan roommate, tumpang internet j)...

"Iye ke??" tanya YB yang tak berapa nak minat...

"Ko buka belum?? Bape??" si Hilmi bersuara lagi...

"Jap la... internet ni wat lagi la... ish... IE ni benggong la..." balas YB sambil mencaci ciptaan Microsoft ni...

"Aku dapat *.**... nasib bek lepas..." Hilmi bergembira ngan hasil nye...

YB meneruskan dengan menaip user dan password yang diminta kan laman yang sepatutnya...

Dengan hati yang berdebar ngan laju nye... YB pun dapat melihat hasil kerja yang YB perah segala usaha YB sem lepas...

"La ni j...??" bermonolog dalaman YB seketika

* * * * * * * * * *

Walaupun keputusan YB tak la seperti yang YB harap kan pada sem lepas... tapi YB still bangga ngan keputusan ini...

Kerana apa YB bangga... bukan kerana pointer YB tinggi... bukan kerana pointer orang len rendah... tapi kerana itu la hadiah dari yang Maha Pemberi...

Kerana Allah akan memberi kepada yang berusaha... dan ternyata usaha YB hanya mampu memberi YB keputusan itu...

Kerana ini maybe kifarah atas dosa YB yang YB lakukan masa sem lepas... 

Kerana perancangan Allah lagi hebat dari perancangan YB...

Kerana YB berpegang kepada... yang paling penting sekali adalah effort and not the results...

Kerana Allah lebih memandang usaha dari hasilnya... 

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"
~ Firman Allah, Surah Al-Zalzalah ayat 7 ~

Dari ayat diatas... Allah menjelaskan bahawa yang dinilai adalah perbuatan membuat kebaikan... atau erti kata lain usaha membuat kebaikan tersebut... bukan hasil atau keputusan yang kita dapat...

"Usaha itu tugas manusia dan hasil itu tugas Allah, betapa ramai orang dalam dunia ini yang merana kerana cuba melakukan tugas Allah sedangkan tugas manusia masih gagal dilaksanakan..."
~ Amir Fahmi bin Jalilluddin ~

Adakah bila akhirat kelak Allah akan menyoal mengenai bentuk rumah besar yang kita miliki atau Allah akan menyoal mengenai usaha kita dalam memiliki rumah tersebut??

Adakah akhirat kelak Allah akan menyoal mengenai keputusan peperiksaan atau hasil dalam menghadapi peperiksaan tersebut??

YB sedar yang ramai sedar bahawa usaha lebih penting dari hasil... tapi berapa kerat yang cuba bandingkan usaha dari membandingkan keputusan peperiksaan apabila bersama ngan rakan-rakan??

Kalu para pembaca dah tengok video ni... kita haruslah merasai kenikmatan 'kopi' dari cube menghias 'cawan' nye

Panjang plak YB membebel... so resullt YB adalah... 3.42... sahaja...



P/S: Sem depan akan YB berusaha lagi... Ganbatte!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi