YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Thursday, August 19, 2010

Diriku Boleh Untuk Mematikan Dan Menghidupkan...

Salam dan hi...

Ari ni YB nak share skit mengenai kelebihan atau power yang YB miliki... iaitu kuasa untuk mematikan dan menghidupkan...

HOI!! Cakap biar molek eh... mane ada manusia boleh hidupkan dan matikan something... syirik ni... syirik jali... terang lagi nyata...

Rileks dlu bro... biar YB hbis cakap dulu... YB ni ada kuasa untuk mematikan dan menghidupkan...

HAH!! Tengok tu... ngaku lagi... weh sudah la... kalu hang nak sesat kan orang tak yah la wat kat blog... kne tangkap JAKIM baru tau...

...mematikan dan menghidupkan enjin kereta dan moto... sekali lagi mematikan dan menghidupkan ENJIN KERETA DAN MOTO...


La... awat tak habag awal-awal... kan kene kutuk dan maki...

Yang hang ske ati potong line ble orang sape suruh... nak marah orang plak... 

Hahaha... saje j tadi tu nak tengok respond pembaca blog... ari ni YB nak share mengenai betapa penting nye kite men-judge sesuatu ni dengan teliti... mengambil kira setiap aspek... dari sudut 'kawan' mahupun 'lawan'...

Contoh cam tadi... kalu para pembaca blog hanya membaca, 'YB ni ada kuasa untuk mematikan dan menghidupkan...' tanpa mendengar ayat yang selebih nye... para pembaca pasti mengatakan YB ni sesat dan menyesatkan... tapi setelah membaca sambungan nye, '...mematikan dan menghidupkan enjin kereta dan moto' pasti para pembaca ngatakan perkara tu semua orang boleh wat...

Dalam mane mane aspek kehidupan pun... kita kne wat gitu... contoh nye apabila melibatkan isu-isu politik yang semakin lama semakin ganas dalam media masa (maklum la dah nak dekat PRU-13... tahun depan gamak nye)... kita tak boleh hanya tengok, mendengar dan 'mentelaah' dari satu pihak sahaja...

Contoh orang yang pro-kerajaan atau fanatik UMNO... tak boleh nak salahkan pembangkang kalu diorang ada kelemahan atau ada 'janji pilihan raya' yang masih tak tertunai lagi... kita kne paham yang pembangkang ni mengunakan sumber kewangan sendiri tanpa dibri bantuan kewangan dri pihak kerajaan... mana nak jana duit berjuta-juta untuk bina kemudahan awam  dalam masa setahun... lagipun dalam setiap projek yang mega level... pmbangkang kne gak minta kelulusan dari kerajaan (kalu bukan dalam negeri sendiri)... dan pihak kerajaan maybe tak nak memberi bantuan in order to weakened sokongan rakyat terhadap pihak pembangkang... MAYBE la...

Sme juga ngan pro-pembangkang... tak boleh nak kte kan yang semua ahli kerajaan itu corrupted... diorang ni payah nak di katekan corrupted selagi takde bukti yang sah... dan kerajaan juga perlu menjaga kebajikan rakyat negara ni yang berjumlah 23 juta orang dan semakin meningkat saban hari...mana nak cilok duit untuk jaga orang seramai ni??

(err... nape ayat tuk defend pembangkang lebih panjang dari ayat defend kerajaan.. AH!! lantak la... YB bukan pro-kerajaan sangat... atau yang kerajaan ni banyak sangat kelemahan sampai YB pun tak tau nak defend pakai ayat pe) 

AIK!! apasal masuk politik plak ni... dah lari tajuk ni...

Berbalik kepada tajuk asal... YB nak kongsi betapa penting untuk kita menilai something secara menyeluruh... dalam membincangkan hal-hal agama Islam pun bergitu...

Seperti yang semua muslim tau (k ada yang tak tau ni??) sistem perundangan Islam berpaksi pada 2 sumber... primary resource dan secondary resource...

Sumber pertama adalah al-Quran dan as-Sunnah manakala sumber kedua adalah ijtihad para ulama' iaitu Ijma' dan al-Qiyas... bukan ijtihad dari nabi palsu, rasul melayu, ustaz yang merogol anak nye sendiri dan orang len yang bukan ulama'... HANYA ulama'... noktah...

Ada 3 golongan atas muka bumi ni yang boleh dikaitkan ngan sumber pertama... pertama yang berpegang pada sumber pertama secara menyeluruh... dari A to Z...  kedua yang berpegang pada salah satu nye... sama ada hanya al-Quran atau hanya as-Sunnah.... dan ketiga yang tak berpegang pada sumber ni... samada berpegang pada kitab len atau diorang rse cam bagus sgt lalu berpegang hanya pada akal diorang yang tak brape nk btul...

Pasal golongan pertama dan ketiga semua dah tau jadi malas nak bincang dalam entri ni... yang YB nak kongsi pasal golongan kedua ni...

YB pelik sikit ngan golongan yang kedua ni... diorang ni sama ada memahami Islam separa sahaja... atau guru sekular mereka tak ajar golongan ni sampai habis (la... patut la... belajar ngan guru sekular rpenye)...

Adakah golongan yang berpegang kepada al-Quran sahaja ni tak baca al-Quran sepenuhnya... hanya separa... lalu tak pernah berjumpa dan membaca mana-mana ayat al-Quran yang menyatakan bahawa perlu nye kita taat dan ikut Rasulullah... bohong la kalu tak jumpa (kalu baca habis la)... Allah telah berfirman dalam al-Quran sebnyak 33 kali... seperti contoh...

An-Nissa':80 
"Barang siapa yang mentaati rasul (Muhammad), maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan barang sesiapa yang berpaling (dari ketaatan itu) maka (ketahuilah) Kami tidak mengutusmu (Muhammad) unutk menjadi pemelihara mereka"

Adakah golongan yang berpegang pada as-Sunnah sahaja ni terlalu sibuk menghafaz beribu-ribu Hadith sehingga mengabaikan khutbah terakhir Rasulullah dimana sebahagian daripada khutbah itu adalah...

"Sesungguhnya aku tinggalkan padamu 2 perkara yang sekiranya jika kamu berpegang teguh dan mengikuti keduanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku"

Dari dua contoh dalil kat atas (maaf YB bab dalil ni lemah sikit... kalu salah bagitau deh) kita boleh conclude yang penting nye berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah...

Ala pikir logik pun boleh... contoh macam kat atas tadi... kita label kan 'YB ni ada kuasa untuk mematikan dan menghidupkan...' sebagai A dan '...mematikan dan menghidupkan enjin kereta dan moto' sebagai B... kalu A tanpa B... kita maybe menafsirkan yang YB ni cbe menyesatkan orang len... kalu B tanpa A... kita tertanya plak apa yang boleh mematikan dan menghidupkan enjin kete dan moto ni... begitu juga dengan berkenaan al-Quran dan as-Sunnah... 

Dalam al-Quran ada menyatakan yang kita ni perlu sembah kepada Allah tapi bagaimana?? Adakah perlu kita membuat satu berhala lalu mengunakan berhala tersebut sebagai pengantaraan antara kita dan Allah (seperti Zaman Jahiliah... jangan sangka yang orang Jahiliah Arab ni tak tau perihal Allah... cuma diorang ni sekutukan Allah ngan tuhan reakaan yang len) lalu menyebabkan generasi akan datang terlalu taksub ngan berhala tersebut lalu mensyirikkan Allah seperti orang Arab Jahiliah pada zaman dahulu...

Dalam as-Sunnah ada menyatakan cara-cara kita untuk bersembahyang... tapi kepada apa?? Pada langit?? Pada matahari?? Pada air?? Lalu menyebabkan kita syirik pada Allah...

Tapi len plak cite kalu kita berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah seperti ahli Sunnah wal Jamaah... dari al-Quran kita tahu yang kita kene sembah Allah dan dari as-Sunnah kita boleh tahu cara-cara menyembah Allah yang paling tepat iaitu sembahyang lima waktu sehari semalam...

Kan indah Islam tu... dari al-Quran dan as-Sunnah j kita dah boleh belajar betapa penting nye kita untuk menganalisis semua aspek dalam menilai sesuatu bende... Masyallah...

Tidak la wujud nye al-Quran dan as-Sunnah atas muka bumi ni kalu bukan untuk pentunjuk kepada hamba-hamba Nya yang beriman...

Jadi... moral of the story... jangan jadi orang yang hanya melihat sesuatu pada satu belah sahaja... 

Huh panjang sungguh entri ni... padahal moral of the story nye pendek j...



P/S: Terima kasih pada sahabat ku Muhammad Zakirin bin Zaharuddin kerana tanpa beliau memberi tumpang kereta nye pada YB dari balik dari kelas IMSE lalu mati enjin dalam perjalanan di satu selekoh untuk masuk ke blok kediaman YB... tanpa kejadian ni tak mungkin YB boleh wat entri yang panjang ni...

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi