YB ni bukan YB tapi YB...
YB ni bukan YB tapi YB...
Carian Di Blog Ini
Friday, December 9, 2011
Wordless... Relationship Before Ego
Monday, November 21, 2011
Quote For Today... 21 November 2011
"I believe in the forgiveness of sin and the redemption of ignorance."
~ Adlai Stevenson II/Adlai E. Stevenson Jr., U.S. presidential candidate (1952 and 1956) ~
P/S: People always confused patient and forgive... Patient is a part of Iman/faith while forgive is part of love...
Wordless... Truth About Internet
News: Apa Nak Jadi Dengan Utusan Malaysia???
Salam dan hai kepada pembaca blog ni...
Rasanye lama dah YB tak update blog ni... dekat 3 bulan lebih gak la...
Penyakit malas datang menyerang tatkala menempuhi exam week... tapi dah habis pun still malas gak...
Baru ni YB membaca berita online... selalu nye sama ada The Malaysia Insider, Berita Harian dan Harakahdaily... tapi entah macam mana terasa nak baca Utusan Malaysia plek... tukar taste...
So tengah syok membaca ni tetiba terbaca isu air... mengenai paras pencemaran air di Malaysia...
* * * * * * * * * *
KUALA LUMPUR 19 Nov. — Uji kaji makmal terhadap sampel air di
Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja
mendapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya
termasuk E.coli.
Lebih membimbangkan, E.coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).
Penemuan E.coli itu dalam sampel air dari Kelantan dikesan dalam uji kaji yang dijalankan kementerian itu dari 2008 hingga 2010.
Laporan Bilangan dan Peratusan E.coli dan Logam Berat Bagi Air
Terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 yang
dibekalkan kepada Mingguan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk
Dr. Hasan Abdul Rahman.
Perlu ditegaskan bahawa kerajaan dan juga standard antarabangsa
menetapkan bahawa bekalan air terawat mestilah bebas daripada bakteria
E.coli.
Ini kerana, E.coli sangat berisiko kepada kesihatan manusia iaitu
boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah dan paling
bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang membawa maut.
* * * * * * * * * *
KUALA LUMPUR 19 Nov. — Data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011
mengenai bekalan air bersih di seluruh negara mendapati Kelantan
menduduki tempat paling bawah, sehingga dilabelkan sebagai negeri yang
memiliki air kurang selamat dan berisiko.
Fakta ini sudah pasti mengejutkan kira-kira 1.54 juta penduduk
Kelantan. Selama ini sebahagiannya terpaksa bergantung kepada air perigi
dan sungai disebabkan kegagalan pembekalan air terawat oleh Air
Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).
Kementerian Kesihatan menerusi uji kaji berasingan bagi tempoh
2008-2010, juga mendapati air di negeri itu mengandungi arsenik,
merkuri, mangan dan plumbum, iaitu logam-logam yang kesemuanya boleh
memudaratkan kesihatan termasuk mengakibatkan kanser.
Bertitik tolak daripada data saintifik itu, Mingguan Malaysia
baru-baru ini menjalankan penyiasatan hampir dua bulan di negeri
tersebut bagi mencari jawapan kepada persoalan yang tercetus daripada
isu berkenaan.
Di samping menemu ramah penduduk, menyelami dan menyaksikan sendiri
kesengsaraan mereka mendapatkan bekalan air bersih, wartawan akhbar ini
turut memperoleh laporan penyelidikan saintifik Kementerian Kesihatan.
Tidak cukup dengan itu, Mingguan Malaysia mengambil masing-masing 10
sampel daripada punca air paip, air perigi dan air telaga tiub dari
setiap jajahan di Kelantan. (Dude... bila plak Kelantan ari ni dijajah ni...)
Sampel air itu kemudian dihantar untuk diuji kaji di sebuah makmal
bertauliah yang memiliki pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 di Selangor,
bagi mengetahui sejauh mana kualiti air di negeri tersebut.
*selanjutnya di sini.
* * * * * * * * * *
JELI 20 Nov.— Kerajaan Pas Kelantan digesa
mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah kualiti air yang
digunakan oleh rakyat di negeri ini kerana ia mengancam kesihatan dan
nyawa pengguna.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed
berkata, kualiti air amat penting kerana ia boleh mencetuskan penyakit
berjangkit yang membahayakan manusia.
Beliau berkata, Kerajaan Pas Kelantan juga perlu memastikan kualiti
air yang dibekalkan kepada rakyat di negeri ini sama dengan
negeri-negeri lain kerana bukti saintifik menunjukkan ia jauh
ketinggalan.
"Di Kelantan ada dua isu air, pertama kualiti air, kedua bekalan air
ada atau tidak. Kualiti air penting kerana ia memberi kesan kepada
kesihatan dan mencetuskan pelbagai penyakit.
"Kalau kita lihat statistik Jabatan Kesihatan negeri,
penyakit-penyakit berpunca daripada air di Kelantan cukup tinggi, sudah
pasti ia menyebabkan penyakit tertentu akan merebak. Kita minta pihak
berkenaan supaya mengambil tindakan segera, kalau nasi sudah jadi bubur
tiada guna lagi," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan
Sokongan Jabatan Pelajaran Negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit
Bunga di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan komputer kepada anggota tentera di Kem Rejimen Sempadan, Batu 11 di sini.
*selanjutnya di sini.
* * * * * * * * * *
OMG!! Biar betul... Apa sudah terjadi dengan sungai Kelantan... OMG...
Tapi YB rileks dulu tengok dua tiga hari lagi... mesti ada orang akan keluar statement
Tapi itu cite semalam... ni yang ari ni plak...
* * * * * * * * * *
1. Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi
Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan
Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk “Air Kelantan
Terkotor?”. Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan
respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (Keluaran hari Ahad:
Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak
bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika
kewartawanan. Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan
Malaysia pernah memainkan isu “Kristian Agama Rasmi Negara” satu ketika
dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.
2. Namun, dibimbangi isu yang dimainkan ini menimbulkan polemik
yang berpanjangan, saya telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa
Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk
Mejar ( B ) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan
perkara yang sebenar. Bagaimanapun, sebagai respon awal sebelum
kenyataan lanjut dikeluarkan, saya ingin menarik perhatian terhadap
beberapa fakta sebenar yang disorok dari pengetahuan umum oleh Utusan
Malaysia.
3. Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar
oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar
Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang
memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang
termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi
Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan
Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia Putrajaya.
4. Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu
ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis.
Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan E-Coli yang terdapat di
dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%. Ia
lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%), Perak
(0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%). Saya
sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika
melebihi 4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan
sebagai yang tertinggi E-Coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat
jahat.
5. Saya juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang
dikemukakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan
Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air
Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan
kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun
2011. Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum
dikeluarkan ini?
6. Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia ini hanyalah
satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri
Kelantan. Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu
usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang
bernilai RM250 juta.
7. Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang
ditulis akan disoal olehNya di akhirat kelak. Janganlah sampai fitnah
yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk
melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah. Ini kerana, doa orang
yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
Yang Amat Berhormat Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh: 25 Zulhijjah 1432H bersamaan 21 November 2011
*disunting dari sini.
* * * * * * * * * *
Andaikata jika benar wartawan dari Utusan Malaysia ada bahan bukti
dan ujikaji... maka... tunjukkan la official report dari mana-mana
scientists atau jabatan kat Malaysia untuk memperkukuhkan dakwaan...
Jangan hanya buat artikel kat surat khabar maka itu jadi satu bukti...
Adakah ini satu isu mainan politik yang cuba ditengahkan oleh pihak kerajaan sekarang... untuk menjatuhkan bakal kerajaan....
YB dah tak guna kerajaan VS pembangkang... mulai entry ni... kerajaan sekarang VS bakal kerajaan...
Tapi apa kaitan air kat negeri Kelantan dengan isu politik??
Kalu tengok dari surface memang tak nampak connection... tapi satu ketika YB pernah tanya soalan kat member YB yang kaki bola...
YB: Weh ada game bola antara PAS ngan UMNO sekarang??
Member: Mana ada...
YB: Dah tu aq tengok dalam blog ni... semua pakai slogan PAS dan UMNO... Pe cer??
Member: Ooo... tu Kelantan lawan Terengganu ari tu... memang dah biasa macam tu... orang akan kait PAS ngan Kelatan dan UMNO ngan Terengganu... bile bertembung dalam game bola... orang tak sokong dah negeri... orang sokong parti plak...
Jadi kat sini kita boleh nampak apa pandang masyarakat kat Malaysia apabila terdengar perkataan KELANTAN... meraka pasti akan kaitkan dengan PAS...
Memburukkan imej Kelantan maka secara indirectly mencemar imej PAS...
Adakah ini menunjukkan bahawa PILIHAN RAYA UMUM SEMAKIN HAMPIR???
Persoalan yang ingin YB pertengahkan...
SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI???
THE FUTURE IS IN YOUR HAND!!!
P/S: Pelik gak kadang-kadang baca Utusan Malaysia... kes tangkap basah dan pelacur kat Kelantan banyak tersiar... tapi kat KL tak nak plak siar... lagi banyak... mungkin diorang ni nak buat kenyataan... kalu kat Kelantan ada... maka tempat lain lagi la banyak... tak gitu... hehehe...
Saturday, August 13, 2011
News: Pendedahan Penipuan Undian Pos...
Salam dan hi...
Lama dah tak update blog ni... penyakit malas datang lagi... ditambah dengan beberapa lab report, assignment, dan projek yang nak kene hantar... membuat kan YB lagi malas nak update...
Just nak share satu artikel hari ini (13/8/2011) dari Harakahdaily... yang menunjukkan berlakunya penipuan disebalik undi pos...
* * * * * * * * * *
BUTTERWORTH, 12 Ogos — "Saya berani tanggung risiko
kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan
penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak
sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi,"
ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel
Haji Omar (gambar) yang berpangkalan di Butterworth.
Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya
umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi
pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat
berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.
Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika
diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat
pengiraan.
Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari
pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi
ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari
pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.
"Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus
buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas
undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang
menunaikan amanah kepada negara," tambahnya.
Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos
tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan
500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.
Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari
tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera
laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM,
Butterworth.
* * * * * * * * * *
Kalu perkara ini benar maka itu satu penyalahan kuasa dari pihak yang berkuasa dalam sistem undian...
Jadi adakah salah 8 tuntutan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tempoh hari... sama-sama la kita renungkan...
P/S: To PM Malaysia dan your underlings... dah dah la tu kait kan rusuhan London dan perhimpunan 'Haram' BERSIH... semua orang tau dan setuju bende tu amat berlainan... BERSIH adalah demontrasi... yang kat London tu rusuhan... notice the differences ok???
Subscribe to:
Posts (Atom)

