YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Sunday, July 10, 2011

Sehari Selepas BERSIH 2.0...

Salam dan hi...

Hari ni hari Ahad... so itu menandakan sehari selepas event 'HARAM' terbesar kat Malaysia ni...

Kalu nak tau apa yang terjadi boleh la baca kat sini...

Berdasarkan kepada laporan terkini ini... seramai 1,401 orang telah berjaya 'ditahan' oleh pihak polis dan ada di antara mereka ni merupakan figure besar dalam politik... contoh nye Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk S. Ambiga dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin...

Yang cedera pun ramai gak... termasuk la Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saterawan Negara, A. Samad Said...


Dengar kata, ada yang mati sebab bergaduh dengan polis (YB pun tak berapa pasti)... tetapi pihak kerajaan menafikan perbuatan tersebut...

So, the question now is... what is your opinion on this matter?? Will this event change yours view about the politics in Malaysia??

What will the so-called government do?? What is their next steps??

What will the opposition will do to make the effort bare fruit?? Will their wait and see?? Or take some serious and hardcore actions??

Apa pun... YB harap agar apa yang dah lepas boleh dijadikan pengajaran untuk kita sama belajar... agar masa depan lebih terjamin...



P/S: Presiden PAS sudah... Presiden UMNO bile lagi?? hehehe

Wednesday, July 6, 2011

Apa Ada Di Sebalik 'Sembah Derhaka'...

Salam dan hai...

Beberapa ketika dulu kecoh dengan penderhakaan oleh Dato Seri Nizar ketika menghadap Sultan...

* * * * * * * * * *

Istilah 'sembah derhaka' yang dilafazkan Dato' Seri Nizar ketika menghadap Sultan telah menimbulkan tanggapan negatif, terutama oleh pihak media, walaupun sudah dijelaskan oleh pakar perundangan juga pakar bahasa. Malah Dato' sendiri turut mengulasnya, tetapi Menteri Besar Perak itu tetap dilabel penderhaka hanya kerana istilah istana itu.

'Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat, sama ada kecil atau yang besar. Justeru, seseorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Ia bukan bermaksud perbuatan menderhaka, melawan atau menyakiti raja. 

* * * * * * * * * * 

Atau dengan erti kata len... 'sembah derhaka' bermaksud apabila kita mempunyai satu pandangan yang berbeza dengan Sultan... contoh ayat...

"Sembah derhaka Tuanku... bukan maksud patik untuk berkasar... tetapi patik mempunyai pandangan yang berbeza..."


Jadi lepas ni.. kalu ada pihak yang mengunakan istilah istana ni... maka paham-paham la ye...



P/S: Berminat belajar bahasa istana... mane tau tak lama lagi ada pekerjaan translator untuk bahasa Istana Melayu...

News: Dari Jalanan Ke Stadium...

Salam dan hi...

Semalam lepas dok stress mengenangkan test 1 Thermodynamics II yang agak nak berapa skor... YB website Berita Harian... tuk baca perkembangan terbaru di Malaysia... tup tup... ada perkembangan terbaru untuk BERSIH 2.0 pada 9 Julai, Sabtu ni... 

Selepas membanding dengan beberapa sumber lain... maka perkara ini mungkin akan berlaku pada Sabtu ini...

Iaitu... BERSIH 2.0 akan berlaku di stadium instead of kat jalan...

* * * * * * * * * *

KUALA LUMPUR — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akhirnya mengubah pendirian dengan bersetuju mengadakan perhimpunan Sabtu ini di sebuah stadium, bukannya di jalanan, selepas menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, hampir sejam di Istana Negara, petang tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis menghadap itu, Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenavasan, berkata lokasi stadium yang bakal digunakan itu belum ditetapkan tetapi tarikh perhimpunan tidak berubah.

“Pertemuan kami dengan Baginda selama hampir sejam itu berjalan dengan baik selain turut memberi peluang kepada kami untuk menjelaskan tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan.

“Kita setuju untuk mengadakan perhimpunan BERSIH ini di stadium 9 Julai ini.... tiada lagi perhimpunan jalanan seperti yang dirancang sebelum ini. Bagaimanapun lokasi stadium belum ditetapkan.

“Malah, kita juga sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dan kerajaan bagi menyelesaikan isu ini,” katanya.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * * 

PUTRAJAYA, 5 Julai — Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 bagi membincangkan lokasi yang sesuai — sebuah stadium — bagi perhimpunan Sabtu ini tetapi menegaskan tawaran itu adalah bersyarat.

“Mereka mesti pergi dengan aman dan meninggalkan (lokasi) dengan aman.

“Jika ada kejadian yang tidak diingini, penganjur akan dipertanggungjawabkan,” kata beliau.
*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * * 

KUALA LUMPUR, July 5 — Bersih 2.0 will continue its rally for electoral reform but in a stadium and not on the streets, the group said today fresh from an audience with the Yang di-Pertuan Agong in Istana Negara.


“We accept the government’s offer to hold the demonstration in a stadium. We will not hold it in the streets,” Bersih 2.0 chief Datuk Ambiga Sreenevasan told reporters today.

“This is the best way,” she said, admitting it was a compromise.

Ambiga said the meeting today in the palace was only between Bersih leaders and the King.

“No prime minister,” she replied, referring to Datuk Seri Najib Razak.

Ambiga was spotted entering Istana Negara about 2pm today after winning an audience with the King to discuss their Saturday march in the national capital.

She was accompanied by fellow Bersih steering committee member Zaid Kamaruddin and national laureate Datuk A. Samad Said. The trio came out at 3.15pm.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * * 

Adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan mengaku kalah... oh tidak sesama sekali...

Ini membuktikan bahawa Datuk Seri Najib masih boleh berfikir dengan rasional (setelah mendapat pressure dari pihak atasan) setanding dengan jawatan yang sedang beliau pegang... tapi kesian kat Datuk Seri Najib kerana tak dapat memberikan buah pemikiran mengenai isu ini ketika si Ambiga menghadap sultan...

Yes... You heard it... Datuk Ambiga got the permission to see the King... OMG!!
(teringin juga untuk berjumpa dengan Sultan Mizan Zainal Abidin... antara Yang Di-Pertuan Agong Termuda...)

Dan dari YB baca dan tafsir dari sumber berita lain... sultan agak menyokong BERSIH 2.0... ini kerana walaupun ada anasir yang cuba memikat hati sultan untuk slash perhimpunan ini... baginda dengan bijak menukarkan perhimpunan ini dari jalanan k stadium...

Nak tau apa yang YB rasa tuk kes ni?? Ini adalah pengiktirafan dari baginda yang bahawa baginda juga menyokong perhimpunan ini... bukan sebab kerana nak gulung kerajaan sekarang... tetapi ini menunjukkan hasrat baginda unutuk memulihkan kembali situasi dalaman kerajaan sekarang yang agak kurop...

HIDUP TUANKU!! (Allahuakbar hanya dengan Sultan Kelatan)

So the story now... what stadium to be used as the venue of this historical event??

Jawapannya ada di sini...

* * * * * * * * * * 

SHAH ALAM, 5 Julai — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan membenarkan perhimpunan Bersih Sabtu ini diadakan di Stadium Shah Alam di sini.

Bagaimanapun penganjur perhimpunan itu perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan iaitu ia diadakan dalam keadaan aman tanpa sebarang kekacauan.


“Mereka perlu berdisiplin, tertib dan terkawal, jika berlaku sebarang kerosakan mereka perlu menanggung kosnya,” katanya dipetik Bernama Online.
Beliau ditanya sama ada pihaknya akan membenarkan perhimpuan itu diadakan di Stadium Shah Alam.

“Saya tidak boleh komen mengenai sama ada mereka akan meneruskan (perhimpunan itu) ataupun tidak, tetapi sekiranya mereka mahu menggunakan Stadium Shah Alam, saya benarkan dengan syarat tujuannya tetap sama iaitu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) melaksanakan perubahan memastikan pilihan raya diadakan secara lebih terbuka,” katanya.

Beliau berkata langkah itu juga sebagai menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa demonstrasi jalanan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * * 

Kepada kerajaan... terima kasih atas bantuan dan pemahaman yang diberikan agar tuntutan BERSIH 2.0 menjadi realiti... walaupun bukan tahun ini... tapi insyallah akan berlaku pada PRU yang lain...

Kepada Polis Diraja Malaysia... udah la tu tangkap orang... titah Tuanku kene ikut... karang derhaka la plak...

Kepada para pesilat... diminta hadir untuk ke stadium agar jika kekacauan berlaku... kamu la golongan yang akan meredakan suasana... kerana YB yakin... kamu semua belajar silat bukan untuk menjadi kaki pukul... mahupun memukul orang tanpa usul periksa... tetapi belajar atas kesedaran yang kamu mampu untuk melindungi golongan yang teraniaya dan lemah... maka jangan la memilih pihak... 

Kepada penganjur... dah dapat approval Tuanku jangan besar kepala plak... sebab yang Tuanku setuju adalah tuntutan yang lapan tu... bukan kekacauan atau huru-hara yang mungkin berlaku masa perhimpunan tersebut... jadi jaga la kelakuan...



P/S: Sebagai mahasiswa... kene cakan isu hangat kat negara ni...

Tuesday, July 5, 2011

News: Internet Laju, Setanding Dengan Negara Maju Lain...

Salam dan hi...

Terbaca berita ni kat internet...

Nampak nye internet di Malaysi akan semakin laju... WAHOO!!
 
It's about time... to have high speed internet connection in Malaysia...

* * * * * * * * * 

KUALA LUMPUR — Pelbagai langkah sedang diambil oleh kerajaan bagi menaik taraf kelajuan dan kualiti akses internet di negara ini agar setanding dengan negara maju. 

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang, berkata bagi meluaskan liputan internet di Malaysia, projek menara T3 di bawah Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) akan menyediakan liputan sehingga 97 peratus di kawasan berpenduduk dan boleh digunakan untuk menambah liputan 3G (jalur lebar mudah alih).

Menjawab soalan Dr Syed Husin Ali pada persidangan Dewan Negara hari ini, beliau berkata setakat ini kadar liputan jalur lebar termasuk 3G adalah 80 peratus di kawasan berpenduduk. 

"Pada masa ini, kelajuan akses internet dari aspek keperluan aplikasi semasa adalah setanding dengan negara-negara serantau seperti China, India dan Filipina," katanya. 

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * * 

Bagus... dengan kelajuan akses internet yang semakin laju... maka lebih mudah untuk mendapatkan update terbaru dari seluruh dunia... dari segi gadgets, berita dan isu semasa yang penting...

Tapi satu bende j yang YB tak berkenan... err... daripada membazir RM1.8 juta dengan buat laman  pelancongan kat Facebook yang patutnya budak kecik pun tahu buat... bek la buat internet censorship/filter macam China...

Kata ada hubungan bek ngan China... so rather than just be friendly in term of business... belajar la macam mana buat censorship kat internet..

Kita filter habis-habis laman web porno kat internet agar pemuda-pemudi kat Malaysia tidak akan lagi tengok bende tak bermoral gitu... mane tau maybe masalah sosial kat Malaysia ni akan menurun...


Sebab takut gak... iye la... dah makin laju internet kat Malaysia ni nanti... patutnye kerja kat pejabat sepatut semakin laju... yang laju nye 'tangan yang mengosok' plak nanti...



P/S: Masa sekolah dulu ramai junior Form 2 kene tangkap sebab edar bahan lucah... dalam library...

News: Menyeludup Suami Dari Penjara...

Salam dan hi...

Tengah dok study ni... petang ni ada test Thermodynamics II... terasa bosan dan terus buka Malaysian Digest punyer website...

Ada cite seorang isteri cube menyeludup keluar suami nye menggunakan beg...

Nek seb bek tak gune cara ala Prison Break... kalu tak... nanti cite siri terkenal tu nanti kene banned ngan penduduk bumi...

* * * * * * * * * *

CHETUMAL, Mexico — Police say a woman was caught trying to sneak her common-law-husband out of a Mexican prison in a suitcase following a conjugal visit, reported The Associated Press.

A spokesman for police in the Caribbean state of Quintana Roo says staff at the prison in Chetumal noticed that the woman seemed nervous and was pulling a black, wheeled suitcase that looked bulky.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * *

Duduk dalam beg... ala bayi dalam perut ibu... tak rimas k??

 
Lepas ni... nampak nye sekuriti kne makin ketat la kat penjara... sampai beg BESAR pun boleh gne tuk melarikan diri dari penjara...



P/S: YB tak pernah tengok cite Prion Break...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi