YB ni bukan YB tapi YB...

YB ni bukan YB tapi YB...

Carian Di Blog Ini

Tuesday, June 28, 2011

News: Dulu Si Ambiga... Sekarang Giliran Khairy..

PETALING JAYA, 28 Jun — Sekitar 600 anggota Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR di sini lewat malam tadi, dilihat sebagai satu tindakan mengugut menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, susulan SMS ugutan bunuh diterima ketua mereka Khairy Jamaluddin.


Mereka tiba di blok pejabat di Tropicana di sini, beberapa pintu dari balai polis, mendakwa ugutan bunuh diterima Khairy kelmarin, datang daripada parti pembangkang itu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu membantah dakwaan tersebut.

Ahli jawatankuasa Pemuda Umno Lokman Noor Adam mendakwa dia mengetuai kumpulan 600 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat.

Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar “mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal.”

Khairy, yang kini berada di luar negara berkata, beliau menerima ugutan bunuh menerusi SMS kelmarin, meminta pihaknya membatalkan perhimpunan balas yang hendak diadakan menentang Himpunan Bersih 2.0.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * *

Aik... dulu si Ambiga sekarang Khairy Jamaludin plak?? Lepas ni sapa plak la yang kene ugutan bunuh...

Adakah ugutan bunuh yang di terima oleh si Khairy ni hanya sandiwara semata-mata?? Supaya sokongan dari Pemuda Merah semakin membara?? Atau ingin memperlihatkan pembangkang ini adalah figure dark side??

Apa pun YB just nak mempersoalkan satu j... camne si Kahiry ni tau yang SMS tu dari pihak pembangkang?? Adakah beliau mempunyai list number semua pihak pembangkang?? Atau didalam mesej pesanan ringkas itu berbunyi begini;

"Hai saya dari pembangkang... sila jangan halang BERSIH 2.0... kalu tak..."

atau

"Kami dari pihak pembangkang akan membunuh encik sekiranya encik berdegil untuk menghalang kami berhimpun pada 9 Julai..."

Rasanye tak mungkin la orang yang ugut bunuh buat macam tu... itu bebal tahap cipan kalu buat gitu... orang ugut bunuh tak perkenalkan diri... gune nombor yang susah untuk di'detect'... tapi si Khairy ni boleh plak serkap jarang yang mesej tu dari pembangkang...

Well... I'm not saying that 'pembangkang' is not one of the suspects... but you shouldn't make statement like you know the culprit behind it... catch the drift??

Yang paling best tu... pejabat PKR tu bersebelah dengan balai polis... Hello!! Pak polis tak halang diorang k?? Diorang tu buat perhimpuan mini haram... diam la plak??

Adakah kalu Pihak Merah buat perhimpunan sebegini... maka mereka ada permit walaupun tanpa minta??

Ooo... lupe semua polis masa tu pakat semua gi minum air kopi kat warung Pak Abu kot... sian... maklum la seharian bertugas... masa tu j yang ada tuk menghilangkan dahaga kat tekak...



P/S: YB pernah dapat SMS 'salam perkenalan' dari gadis misteri...

Monday, June 27, 2011

News: Pemuda di Halau Keluar Kerana Baju BERSIH 2.0...

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju BERSIH.


Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.
Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik.

*selanjutnya di sini.

* * * * * * * * * *

Adakah begini sikap seorang tua yang YB boleh katakan sudah 'makan garam terlebih dahulu' dari pemuda tersebut... sepatutnya orang tua tersebut perlu menegur dengan mengunakan minimum emosi agar tiada siapa akan terasa hati... dan itu la kaedah dakwah yang diajar Rasulullah...

Bukan la YB nak berpihak kepada sesiapa... kalu nak halau pun tak payah la nak cakap orang len munafiq... kerana sebagai seorang muslim... kita tak boleh menghukum kerana yang menghukum itu hanya la layak bagi Allah... kita hanya layak menjalankan hukuman sahaja...

Lagi satu... pemuda tu pun 'cerdik' sangat... dah tau baju tu akan buat kecoh... tok sah la nak pakai tunjuk orang... masa sembahyang pakai baju len... pastu keluar masjid pakai la baju BERSIH 2.0 tu puas-puas... nak buat sampai ke tido pun orang tak bising...



P/S: Masih tak faham kaitan BERSIH 2.0 dan warna kuning...

Google Reader...

Salam dan hi kepada pembaca blog ni...

Dah lama gaban YB tak update blog ni... dah bersawang sangat... sejak dua menjak ni YB dah ada satu penyakit baru yang mana penyakit ni boleh merebak kepada orang len kalu kena pada tempat dan waktu... nak tau sakit pe??

PENYAKIT MALAS... 

Sementara tengah duk free depan laptop ni... nak share la sikit mengenai satu software... iaitu RSS Feed (Really Simple Syndication)... dan RSS Feed yang YB guna adalah Google Reader...

Software ni memudahkan YB tuk subcribe certain website yang menyediakan RSS Feed link (contoh gambar seperti di bawah)...


Nak tau macam mana nak guna software ni... boleh masuk blog ni. Blog ni adalah kepunyaan senior kepada senior YB masa kat MRSM Kuala Lipis atau sekarang dikenali dengan nama MRSM Tun Ghazali Shafie (MRSM TGS)...

Insyaallah... dengan Google Reader ni nanti... kalu YB ada masa free... YB akan post berita hangat (pada pendapat YB la) kat blog ni... agar pembaca blog akan lebih peka terhadap isu semasa dalam mahupun luar negara... 

Antara ciri-ciri berita yang akan YB kongsi bersama adalah berita yang ada kaitan dengan diri kita sebagai rakyat Malaysia secara langsung atau tidak langsung... setakat berita artis kene tangkap khalwat tu... YB malas la nak borak kat sini... tu rasa nye para pembaca lebih arif dari YB...



P/S: Berita hangat sekarang adalah BERSIH 2.0 dan kes video seks Anwar Ibrahim...

Monday, May 23, 2011

Bagaimana Melindungi Undi Anda Dari Dikesan...??

Salam dan hai...

Maaf kepada semua pembaca blog ini... kerana lama dah YB tak update blog ni... agak kesuntukan masa... kerana baru seminggu lepas YB habis final exam YB untuk sem lepas... esok plak dah masuk sem baru...

Untuk kali ni YB nak share satu video mengenai undi... almaklum la... PRU-13 dah nak dekat... so apa kata kita belajar sikit mengenai undi ni... apatah lagi cara untuk mengelak undi kita dikesan...

Apa!! Undi kita dikesan?? Sapa yang rajin sangat tu??

Iye... undi kita boleh dikesan oleh beberapa pihak yang terlibat samada secara live/langsung atau tidak live/langsung dengan proses membuangan undi...

Sapa lagi kalu pihak bukan ******** atau kroni nye...

Jadi YB share video ni untuk pembaca sekalian... enjoy...



Cam mana?? Best tak...

Lepas ni bagi pengundi tuk PRU-13... pastikan diri anda sentiasa take note bende ni supaya tidak la undi anda dikesan yang anda ni di side mana...



P/S: I come from the dark side...

Sunday, April 3, 2011

Apakah Maksud... Allah Tak mengubah Nasib Suatu Kaum...

Salam dan hi...

Baru sebentar tadi YB membaca Al-Quran berserta maksud... tengah-tengah baca maksud Kalamullah ni... tetiba YB baca terjemahan ni... 

"Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nikmat yang diberkan-Nya kepada suatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui"
~ Al-Anfal 8:53 ~

Tengah baca... terlintas kat ingatan YB satu ayat Al-Quran yang hampir sama iaitu...

"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..."
~ Ar-Ra'd 13:11 ~


Teringat punya teringat... terlintas kat benak YB... 

"Kenapa Allah tak nak ubah nasib melainkan kita ubah dulu?? Sedangkan 'Kun Fayakun'... kalu Allah firman, 'Jadi maka jadilah'..."

Tak sampai sesaat... tetiba terlintas kat kotak pemikiran YB... mengenai syarat-syarat kelulusan untuk masuk MRSM... syarat-syarat kelayakan masuk UiTM... syarat-syarat kemasukan ke UTP... sampai la syarat-syarat kelayakan menjadi seorang doktor, engineer, guru dll...

Baru YB faham maksud tersirat ayat tu... tetapi awas... APA YANG YB SHARE NI DATANG DARI YB YANG MERUPAKAN SEORANG MAKHLUK YANG LEMAH... DAN BUKAN JUGA DATANG DARI KATA-KATA ULAMA' MAHUPUN ORANG ALIM...

Yang dapat faham dari illmu YB yang cetek ni... seperti mana kita nak jadi seorang doktor atau engineer  atau dll yang berjaya... kita mesti kene ada kelayakan... dengan kelayakan itu baru kita boleh mengubah 'nasib' kita...

Selagi kita tak dapat kelayakan yang selayaknya... maka kita tak boleh masuk U... lalu membuatkan kita tak layak menjadi doktor atau engineer atau dll...

Mengikuti dari kefahamn YB... apa yang Allah nak kita ubah adalah 'kelayakan' kita untuk mendapatkan/mengubahkan 'nasib' kita... selagi kelayakan itu tidak dipenuhi... selagi itu Allah tak akan mengubah nasib kita...dan setiap kelayakan akan membuatkan kita mendapat 'nasib' yang berlainan...

Seperti mana kelayakan untuk meneruskan pembelajaran seorang doktor adalah berbeza dengan seorang engineer... dimana doktor kene bagus dalam Biologi (SPM) manakala engineer plak kne bagus dalam Fizik (SPM)...

Dalam hidup ini pun sama... kalu kita hanya dapat kelayakan 'tang' tu... maka 'tang' tu juga la 'nasib' yang Allah akan beri... 



P/S: Kawan YB dulu kate yang YB ni ada muka doktor...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laman Navigasi